Feb 7, 2010

Bantuan diperlukan

Haji Omar Shipping bermurah hati memberi guna 4WD Toyota Hilux miliknya
moga-moga ada lagi insan lain sepertinya

4wd pun bermasalah untuk sampai...
tahniah kpd mrk yang telah sampai ke sini


  1. Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita anjuran AMAL Sarawak dengan kerjasama Bintulu Iqra' Center akan menganjurkan ziarah dakwah ke Ulu Kota pada 12 - 16 Februari 2010 bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina.
  2. Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa amat mengalu-alukan sebarang bantuan, samada wang ringgit, makanan, peralatan pertukangan dan apa jua yang boleh membantu kami untuk membina surau semasa kami berada di sana.
  3. Kami juga amat berharap ada insan-insan yang sudi memberi guna kepada kami kenderaan 4WD ( Toyota Hilux ) yang boleh membawa kami masuk ke perkampungan tersebut.
  4. Untuk makluman, untuk sampai ke perkampungan tersebut, tidak dapat menggunakan kenderaan biasa. oleh yang demikian itu, harapan kami, ada insan-insan yang sudi untuk memberi sewa dengan kadar yang berpatutan atau memberi pinjam atau bersama-sama kami bagi menjayakan misi ini.
  5. Semoga apa jua sumbangan tuan /puan samada sikit atau banyak akan mendapat pahala dari Allah disebabkan kerja kita ini untuk membantu menegakkan agama Allah.
  6. Sebagaimana yang telah diceritakan, kesemua penduduk di sini baru memeluk Islam dan perlukan surau untuk mereka belajar agama dan solat berjemaah. Maklumat lain mengenai kampung ini telah kami paparkan di dalam posting sebelum ini. Mudah-mudahan segala kerja kebajikan ini akan mendapat ganjaran dari Allah dengan syarat kita hendaklah ikhlas berjuang untuk membantu agama Allah. Insyallah.
  7. Sekiranya tuan /puan berminat untuk menyumbang atau memberi sewa / pinjam kenderaan 4WD boleh berhubung dengan saya.


Ustaz Ibrahim
Pengerusi
JK Pembelaan Saudara Kita Ulu Kota
d/a Masjid Darul Hidayah, Kidurong
Tel : 019 4535 119

Lagi gambar-gambar yang perlu ditonton...

Keadaan tempat tinggal mereka yang serba kekurangan, bantulah mereka

Untuk sampai ke sana perlukan pengorbanan

Sewaktu ziarah pada tahun lepas

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons