Feb 28, 2010

BIC bersama warga MACMA

Sebahagian jamaah

27 Februari 2010M / 13 Rabiul Awal 1431H - BIC menggucapkan jutaan terima kasih di atas jemputan untuk bersama-sama warga MACMA di Surau Nur Islam Sungai Plan. Alhamdulillah kehadiran tetamu memang agak ramai, hampir penuh ruang surau ini.

Acara dimulai dengan Solat Maghrib berjamaah dengan diimami oleh Tuan Haji Yaakob Juned. Selepas itu Puan Hajjah Norhayati selaku pengerusi Surau Nur Islam yang juga pengerusi MACMA Bintulu mengalu-alukan kehadiran jamaah ke surau. Beliau juga memaklumkan tujuan program diadakan pada malam tersebut sebagai ganti acara Chap Goh Meng yang sepatutnya di sambut pada 15 haribulan mengikut kalendar cina. Beliau juga menceritakan asal - usul perayaan tersebut.

Semua jamaah mengambil juadah sebagai makan malam dan bersolat Isyak. Selepas solat Isyak, acara dimurnikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Daud dari Jabatan Agama Islam Sarawak.

Sebelum bersurai Hajjah Norhayati telah memberi ' ang pow ' kepada semua kanak-kanak yang datang menyerikan majlis pada malam tersebut. Terima kasih kepada MACMA yang acapkali menjemput BIC untuk bersama-sama memeriahkan setiap kali program MACMA diadakan.

Jamaah yang bersama-sama mengimarahkan Surau Nur Islam

Pengacara majlis " Hj Roslan Iskandariah "

Ucapan alu-aluan dari pengerusi MACMA Bintulu

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Daud dari JAIS Bintulu

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons