Feb 18, 2010

Kelas Fardu Ain dan Iqra’ di Surau an-Nur, Sungai Plan

Alhamdulillah, pada 14 Februari 2010 yang lalu, Nisa' Bintulu dengan kerjasama Bintulu Iqra Center dan Yayasan Amal Malaysia cawangan Sarawak, telah berjaya melaksanakan kelas Fardhu 'Ain dan Iqra', bertempat di Surau An-Nur, Sungai Plan. Ustazah Nik Murshidah telah meluangkan masa untuk menjadi tenaga pengajar bagi kelas Fardhu Ain dan Iqra' dengan dibantu oleh Puan Zaitun dan Puan Habibah. Kelas yang bermula pada jam 9 pagi hingga 11pagi itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat terutama kaum wanita. Seramai 20 orang telah hadir untuk sama-sama berkongsi ilmu dan masing-masing menggunakan peluang bertemu dengan tenaga pengajar yang hadir untuk mempelajari selok belok agama Islam dan juga kaedah pembacaan al-quran dengan betul. Kelas pengajian ini merupakan program berkala Nisa' Bintulu yang dijalankan seminggu sekali. Pihak Nisa',Bintulu Iqra Center dan Yayasan Amal cawangan Sarawak amat mengalu-alukan muslimin dan muslimat khususnya yang tinggal berhampiran Surau an-Nur untuk menghadiri program ini pada masa akan datang. Untuk maklumat terkini berkenaan kelas tersebut, boleh menghubungi Ustazah Fazliana-0125335012 atau Saudari Hafsah Mardhiah- 0199805803.


0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons