Feb 5, 2010

SEMARAKKAN KECINTAAN KEPADA RASUL


"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa berselawat ke atas Nabi" (Surah Al-Ahzab Ayat 56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya".

Firman Allah ini menggambarkan betapa Rasulullah s.a.w sentiasa diingati dan didoakan kesejahteraan oleh Allah dan para malaikat. Firman Allah ini sentiasa diulang-ulang setiap kali khutbah jumaat.

Dalam suasana mutaakhir ini, Rasulullah dikenali tidak lebih dari nama baginda sahaja. Masyarakat lebih berminat untuk mengambil tahu tentang artis, tentang tokoh sukan berbanding insan yang dicintai oleh Allah s.w.t. ini. Di atas kesedaran inilah kita seharusnya menekankan aspek bagaimana untuk lebih mengenali diri kekasih Allah ini, ajaran, akhlak dan perwatakan dan seruan-seruan baginda.

Lantaran itu, setidak-tidaknya bersempena dengan bulan kelahiran Baginda Nabi Muhammad s.a.w, mari ah kita berganding bahu menggandakan pengetahuan dan penghayatan cinta kepada baginda dengan pembacaan, menghadiri majlis ilmu, berdiskusi dan sebagainya. Bak kata pepatah melayu "tak kenal maka tak cinta". Sekurang-kurangnya, penggandaan ilmu dan kecintaan bersempena bulan kelahiran Nabi Muhammad dapat menjadi bekalan untuk sebelas bulan yang mendatang.


0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons