Feb 28, 2010

Ziarah Ukhuwah

21Februari 2010 / 7 Rabiul Awal, 1431H

Husni yang baru menjalani pembedahan

Azizi ( ketua rombongan )

Tetamu muslimat yang hadir

Tetamu muslimin yang hadir

Ziarah Ukhuwah petang ini ke rumah Ustaz Rosman dan Ustazah Najihah di ' Jade Garden '. Untuk makluman anak beliau Husni 4 tahun baru menjalani pembedahan ( hari Jumaat ) di Hospital Bintulu. Kelihatan Husni tenang sewaktu kami menziarahi beliau.

Kami doakan semoga Husni cepat sembuh seperti sediakala dan boleh kembali bersekolah.


28 Februari 2010 / 14 Rabiul Awal 1431H

Tuan rumah ( Abg Shahruddin )

Kunjungan BIC, Abang Shahruddin menceritakan pengalaman

Ustaz Salehudin berkongsi kesedihan sebagai tazkirah
dan motivasi kepada keluarga Abang Shaharudin


BIC telah membuat kunjungan Ziarah Ukhuwah ke Rumah Abang Shaharuddin & Kak Khosyiatur Radziah di MLNG Housing pada petang tadi. Untuk makluman, anak sulong mereka telah kembali ke Rahmatullah pada bulan lepas. Pihak kami sempat mengadakan tahlil dan tazkirah untuk memberi semangat dan kekuatan kepada mereka sekeluarga. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.

Pihak BIC mendoakan agar mereka tabah menghadapi ujian sebegini kerana setiap ujian yang Allah timpakan pasti lebih mendekatkan kita kepada Allah. Al - Fatihah untuk Allahyarham Zainul Arifin Bin Shahruddin

Insyallah BIC akan mengadakan siri ziarah ukhuwah untuk merapatkan silaturrahim di kalangan masyarakat Islam Bintulu, khususnya.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons