Mar 28, 2010

Kelas Bahasa Arab BIC

Ustaz Ibrahim sedang memastikan para pelajar kelas Bahasa Arab BIC membuat latihan dengan betul


11 Rabiul Akhir bersamaan 27 Mac, BINTUL- Wajah-wajah ceria para pelajar kelas Bahasa Arab jelas terpancar sewaktu wartawan BIC mengadakan lawatan mengejut ke kelas tersebut.

Kelas yang dianjurkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu ini telah banyak membantu para pelajar ini dalam usaha menigkatkan prestasi penguasaan bahasa Arab. Dimulakan dengan bacaan doa, semakan kefahaman, tugasan dan seterusnya pengajaran pelajaran baru, latihan dan disudahi dengan doa ini dilihat sangat berkesan. Tenaga pengajar utama, Ustaz Ibrahim ketika ditemuramah menyatakan "berdasarkan prestasi lalu, pelajar yang mengikuti kelas Bahasa Arab di BIC ini menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang berbanding pelajar yang hanya belajar di sekolah, kita sebagai tenaga pengajar amat bersyukur kepada Allah".

Ketika ditanya mengenai tenaga pengajar pula, beliau menjawab "memang kita berhasrat menggandakan bilangan kelas dan pelajar supaya kita dapat berbakti kepada seberapa ramai anak watan, jadi kalau ada individu terutamanya guru, ustaz atau ustazah yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar, kita sangat mengalu-alukan, tapi konsep kita lebih kepada sukarelawan, kalau pun kita bagi saguhati, tak banyak sebab yuran yang kita kenakan kepada pelajar pun sikit je".

Begitulah kesungguhan yang terpancar pada penggerak BIC dan siapa sahaja yang bersama BIC, semoga Allah mengganjari mereka dengan ganjaran yang sebaik-baiknya. Sesungguhnya kehidapan akhirat itu lebih baik daripada dunia dan segala kesenangannya.

1 Komen:

famiE said...

assalamualaikum.

bagaimana saya boleh join?

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons