Mar 27, 2010

TIPS Kepimpinan II

Aktif, profesional dan berlandaskan Islam.

Seseorang pemimpin tidak seharusnya berpeluk tubuh atau bersikap pasif merasa cukup dengan apa yang ada pada dirinya, terutamanya pemimpin yang mempunyai latar belakang agama yang kuat. Pemimpin perlulah bersifat dinamis iaitu bertindak aktif dan profesional. Hal ini supaya masyarakat/orang sekelilingnya dapat menjadikannya sebagai penunjuk/ikon terhadap isu-isu yang berbagkit seharian., mereka harus menjadi contoh kepada masyarakat. Bagi individu yang berlatarbelakangkan profesional pula, dia mestilah melandaskan tindakannya selari dengan feqh.

Keutuhan golongan berlatarbelakangkan agama dengan sikap profesional dan tergabung jalin dengan golongan profesional yang menitikberatkan soal agama tentu melahirkan gandingan yang mantap.


Kepimpinan bukanlah satu kemuliaan tetapi adalah suatu taklif yang mesti ditunai

Kepimpinan bukanlah satu kemuliaan tetapi adalah satu taklif atau tanggungjawab yang mesti ditunai . Janganlah menjadikan jawatan sekadar untuk disandang sedangkan kita menyedari bahawa kita tidak bersedia untuk memimpin .

Harus difikirkan ialah, perjuangan yang kita dokong digerakkan dengan sebaik mungkin bukan tergendala pergerakkannya ekoran kepimpinan yang pasif dan bersahaja.

Namun begitu, bagi sesiapa yang diminta untuk menjadi pemimpin, maka dia seharusnya bersedia untuk memikul tanggungjawab sebaik mungkin dan mohonlah petunjuk Allah swt agar dikurniakan petunjuk dan kekuatan bagi melaksanakan tugas .


0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons