Mar 15, 2010

TIPS PENGURUSAN: MENJADI PEMIMPIN YANG BERKARISMA



Kepimpinan adalah jentera utama bagi sebuah organisasi, lantaran itu organisasi amatlah berkehendakkan dan bersandarkan kepada pemimpin berkarisma disamping ahli yang tegar.

Selaku sebuah organisasi yang ingin melihat masyarakat kita mendapat kesejahteraan, jom bersama BIC pelajari bagaimana ingin menjadi pemimpin yang berkarisma.


1: Pemimpin perlu menguasai ilmu-ilmu asas(sekurang-kurangnya) dan ilmu pengurusan.
Faktor menguasai ilmu akan menjadi elimen utama dalam melahirkan pemimpin yang berkaliber.

2: Pengikuti perkembangan semasa, dan dapat menyesuaikan perkembangan semasa dengan ilmu yang telahpun sedia dikuasai. Didalam perbincangan fiqh, ini dinamakan fiqh al-waqi'. Penilaian terhadap perkembangan semasa dan tindakan yang tepat perlu dilakukan.

3: Menyedari zaman yang penuh dengan ancaman dan halangan malah pelbagai kesulitan terpaksa dihadapi , ditambah pula kekurangan tenaga dan upaya didalam badan sukarelawan perlu, pemimpin perlulah menjadi seorang yang aktif.
Pemimpin tidak boleh bersikap sambil lewa , menghadir mesyuarat dengan 'kepala kosong' tanpa idea , lebih malang jika gagal menghadiri mesyuarat.

4: Pemimpin yang berkarisma juga bukanlah pimpinan yang kalut kerana ia tidak menambah kebaikan dan kekuatan organisasi . Sebaliknya kekalutan itu membuatkan organisasi menjadi semakin kusut dan tidak menentu.
Kepimpinan kalut ini mungkin banyak cakapnya dalam mesyuarat tetapi hanya sekadar menyampuk serta mengkritik aktiviti dan gerakkerja yang dibuat oleh pihak lain sedang tugas atau tanggungjawab sendiri diabaikan.
Kadang-kala idea idea kalut gagal dilaksanakan walaupun satu. dari . Akhirnya mesyuarat menjadi bising dan hingar seperti pasar tetapi tidak mehadirkan natijah yang positif dan keputusan yang baik untuk dilaksanakan .

Insyaallah akan disambung lagi dalam siri yang seterusnya

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons