Apr 20, 2010

Hayati Sirah (siri 1)


Pandang sahaja ke kiri dan kekanan kita dan nikaikan masyarakat Islam yang ada pada hari ini, kebanyakannya lebih mengenali dan mengagung-agungkan budaya dan nilai lain lebih dari nilai Islam. Sehingga terdengar suara-suara luahan hati dari saudara baru “saya bernasib baik kerana mengenali Islam sebelum mengenali orang Islam, kerana jika saya mengenali umat Islam terlebih dahulu, kemungkinan besar saya tidak akan memeluk agama Islam”. Mereka mengharap-harap umat Islam menjadi contoh kepada mereka, namun seringkali an meleset, kerana kebayakan hari ini Islam bukan lagi dihayati, yang tinggal hanya selogan dan lambing-lambang sahaja.
Lantaran itu, usaha-usaha untuk mengembalikan semula kefahaman dan kecintaan umat kini terhadap Islam menjadi titik tolak penting. Tanggungjawab mengembalikan kefahaman terhadap Islam ini bukanlah suatu hal yang mustahil kerana Rasulullah s.a.w dan para sahabat telahmemperkenalkan Islam keseluruh dunia yang asalnya melihat Islam sebagai fahaman yang asing dan ganjil, namun kita seharusnya menelusuri perjalanan sirah Rasulullah s.a.w dan para sahabat agar ia menjadi garis panduan penting dalam mengembalikan kefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap Islam.
Hakikat menjadikan Islam sebagai cara hidup tidak boleh dicerai pisah dan dirombak-ganti mengikut selera sendiri kerana tabiat bagi penyeru kejalan kebenaran adalah sama, samaada oleh Rasulullah sendiri, para sahabat mahupun Rasul-rasul yang terdahulu. ‘Tradisi’ pergerakannya sejak awal mulanya telah memaparkan dalil-dalil bahawa gerakan Islam telah mempunyai cara-cara yang tersendiri dan kaedah-kaedah ini telah ditentukan. Dengan yang demikian mereka yang benar-benar ingin mencapai cita-cita kelslaman melalui mestilah mencontohi Rasulullah s.a.w.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons