Apr 1, 2010

Penutupan akaun pembinaan Surau Ulu Kota, Pakan

Jumlah sumbangan yang berjaya dikumpulkan

31 Mac 2010, akuan JK Pembelaan Saudara Kita telah ditutup


Pertamanya marilah kita mengucapkan kesyukuran pada Allah di atas kurniaan nikmat Iman dan Islam sehingga mampu menjadikan kita penegak dan pejuang-pejuang Islam.

Setelah lebih kurang 1 tahun pencarian dana pembinaan Surau Ulu Kota, Alhamdulillah pada tahun ini dengan berkat dan rahmat dari Allah, maka kita telah dapat mengumpulkan dana sebagaimana yang kita harapkan. Pada ketika catatan ini dibuat, kerja-kerja pembelian dan mengangkut barang ke Ulu Kota sedang giat dilakukan oleh kontraktor-kontraktor yang telah dilantik.

Untuk makluman, jumlah kutipan yang berjaya dikumpul dari Bahagian Bintulu ialah sebanyak RM 53, 036. 71 ( lima puluh ribu, tiga puluh enam ringgit dan tujuh puluh satu sen sahaja ). Manakala dari pihak Miri telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM 12 ribu.

Alhamdulillah, bermula bulan Februari yang lalu, kerja-kerja semakin rancak dilaksanakan kerana projek penyiapan bangunan surau ini tertangguh beberapa bulan. Seramai 30 orang sukarelawan AMAL Sarawak telah turun ke Ulu Kota untuk meratakan tanah sebagai tapak pembinaan Surau Ulu Kota. Selepas itu pada bulan Mac yang lepas sekali lagi wakil AMAL Sarawak turun padang bersama JAIS dan juru ukur tanah untuk menentukan arah Kiblat yang betul.

Pihak JK AMAL Sarawak telah memutuskan peruntukan kewangan untuk pembelian barang-barang pembinaan, pengangkutan, upah pembinaan adalah mencukupi dengan jumlah kewangan yang ada. Insyaallah jika tidak ada apa masalah, Bulan Jun adalah tarikh jangkaan siap pembinaan sepenuhnya.

Oleh yang demikian, pihak JK Pembelaan Saudara Kita telah bersetuju sebulat suara supaya akaun ini di tutup kerana dirasakan sudah mencukupi untuk keperluan pembinaan surau tersebut. Bagi pihak JK Pembelaan Saudara Kita ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas keperihatinan penderma yang sudi menyumbang untuk menjayakan projek ini.

Ingatlah firman Allah “ Jika kamu menolong Agama Allah, Allah akan menolong kamu “. Mudah-mudahan berkat kita membantu saudara kita di sana kehidupan masyarakat Bintulu akan bertambah makmur, berkat dan sejahtera di bawah naungan ilahi. Insya Allah.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons