May 23, 2010

Kereta Sarjan Bakar Dirompak




Bintulu,23 Mei- Kenderaan Produa Viva kepunyaan Tuan Haji Bakar Bin Drahim atau lebih dikenali sebagai Sarjan Bakar telah dirompak di perkarangan Masjid As-Syakirin pada minggu lepas. Kejadian tersebut berlaku ketika beliau sedang menunaikan solat Zohor. Dalam kejadian tersebut, beliau telah kehilangan beberapa dokumen penting dan juga sebuah komputer riba selain cermin tingkap keretanya yang telah dipecahkan. Kerugian dianggarkan sebanyak RM2500. Laporan polis telah dibuat sejurus selepas kejadian tersebut.

Sarjan Bakar merupakan seorang pesara dan sangat aktif dalam aktiviti kebajikan. Beliau merupakan penasihat Bintulu Iqra Center selain sebagai Pengerusi PIBG Institut Tahfiz Bintulu. Beliau sering mengikuti program-program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh Amal Bintulu dan juga Bintulu Iqra Center.
Sehubungan dengan itu, sebarang sumbangan peribadi bagi yang bersimpati bolehlah disalurkan ke dalam akaun beliau yang berikut : Bank Islam Malaysia Berhad 11-031-02-000037-8. Orang ramai dinasihati agar lebih berhati-hati dengan tidak meninggalkan barang-barang berharga di dalam kereta kerana malang tidak berbau.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons