Sep 19, 2010

Kebakaran di Jepak

Sumbangan disampaikan oleh Cikgu Let kepada mangsa
sambil disaksikan oleh saudara beliau En. Norli

Penyerahan sumbangan dari BIC dan AMAL Cawangan Sarawak

Bintulu - 19 September, satu kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah penduduk kampung di Kampung Jepak telah berlaku sekitar jam 4 petang semalam. Punca kejadian masih di dalam siasatan. Mengikut cakap-cakap penduduk kampung, kebakaran berpunca dari lintar pintas, namun demikian makluman dari sumber yang sahih maish belum diperolehi. Anggaran kerugian juga masih di dalam siasatan.

Tengahari tadi rombongan BIC dan AMAL Cawangan Sarawak sempat menziarahi rumah mangsa dan bertanya khabar berkenaan kejadian kepada mangsa. BIC dan AMAL Cawangan Sarawak telah menghulurkan sedikit bantuan wang ringgit dan sumbangan pakaian untuk keluarga mangsa. Sumbangan telah disampaikan oleh Cikgu Let selaku wakil dari BIC dan AMAL Cawangan Sarawak.

Untuk makluman, mangsa yang baru kematian suami iaitu sekitar 9 bulan tinggal bersama anak - anak dan menantu. Pihak BIC dan AMAL Cawangan Sarawak mengucapkan takziah di atas kejadian yang menimpa ini, dan mudah-mudahan seluruh keluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Kepada mana-mana insan dan individu yang prihatin di atas kejadian ini agar dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada kami untuk kami sampaikan kepada mereka yang berhak. Sekiranya tuan-tuan berhajat untuk menyumbang, boleh bank in di dalam akaun BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD, CAWANGAN BINTULU DI ATAS NAMA BINTULU IQRA CENTER, No Akuan 1103 10 100 20903.

Saksikan gambar-gambar kebakaran :

Pandangan hadapan

Rumah hangus

Pandangan sisi

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons