Oct 17, 2010

Bengkel Penghayatan Solat Muslimah

sebahagian para peserta Bengkel Penghayatan Solat


Pengarah program Ustazah Hanim Hartini


17 Okt - Bintulu Iqra' Center dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia, Jabatan Agama Islam Sarawak, PERKIM, MACMA, NISA' Bintulu dan AJK Surau Darul Yakin Kuala Segan telah berjaya melaksanakan Bengkel Penghayatan Solat yang bermula jam 8 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Program ini adalah program berkala yang akan dilaksanakan di kawasan dan tempat-tempat yang terpilih untuk memberi pendedahan tentang amalan ibadah khususnya solat dengan pelaksanaan yang betul. Program setengah hari ini diisi dengan ceramah dan praktikal individu dengan dibantu oleh ahli-ahli NISA' Bintulu, manakala penyampaian ceramah telah disampaikan oleh Ustazah Shadahtul dari JAIS Bintulu.

Pendekatan yang telah dilaksanakan sepanjang setengah hari ini benar-benar memberi manfaat kepada para peserta khususnya masyarakat Islam Kuala Segan. Banyak di kalangan kita yang masih ragu-ragu dan was-was di dalam pelaksanaan solat dengan cara yang betul. Seharusnya perkara ini perlu kita pelajari dan bertanya kepada mereka yang arif.

Pihak jawatankuasa penganjur program mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada JK Surau Darul Yakin, Kuala Segan yang telah memberi kerjasama yang baik di dalam penganjuran program ini. Tidak ketinggalan juga kepada MACMA dan PERKIM yang telah menyumbang kewangan untuk menjayakan program ini. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustazah Saidatul dari JAIS Bintulu yang turut sama-sama menyumbang tenaga di dalam menjayakan program dan aktiviti ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada NISA' Bintulu, BIC dan Yayasan Amal Malaysia yang bertungkus lumus bagi menjayakan aktiviti dan program ini. Semoga segala usaha yang kita telah sumbang akan diganjari oleh Allah dengan pahala yang sewajarnya.

Ustazah Shadahtul sedang menyampaikan ceramah

Penghargaan kepada AJK Surau Darul Yakin, Kuala Segan

1 Komen:

Anonymous said...

semoga Allah memberkati..

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons