Dec 7, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah

Assalamualaikum,

Pihak pengurusan Bintulu Iqra Center (BIC) merakamkan ucapan "Selamat Tahun Baru Hijrah, 1432H". Suatu peristiwa yang tidak seharusnya dibiarkan pergi tanpa penghayatan, satu peristiwa yang memberi makna yang besar terhadap perkembangan Islam.
Jika tahun baru masihi disambut gilang gemilang dengan pelbagai sambutan, jangan dibiarkan sambutan Tahun Baru Hijrah dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang azam dan perubahan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu menghayati peristiwa hijrah ini dengan azam dan cita-cita yang tinggi untuk menjadi khaira ummah (ummah yang terbaik).

Antara prasyarat untuk menjadikan kita sebagai khaira ummah adalah dengan meningkatkan ilmu, dengan adanya ilmu, kita akan dapat membezakan antara yang hak dan yang batil, kita juga dapat memenuhi tuntutan Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah yang di tunjuki oleh Rasulullah s.a.w.

Salam Maal Hijrah

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons