Feb 24, 2011

JUDI

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar(arak) dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya

- (Al-Baqarah 2:219)


Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya
- (al-Maidah 5:90).

Demikian juga, dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda, “sesungguhnya Allah mengharamkan kepadaku, iaitu mengharamkan khamar, judi dan al-kubah. Setiap yang memabukkan adalah haram”. (Hadis riwayat Ahmad)

Menurut Islam, judi adalah sama dengan arak. Sama-sama melumpuhkan akal fikiran manusia. Manusia akan jadi tidak waras. Wajarlah dalam al-Quran disebut judi sebagai “rijsm” yang merujuk sebagai “najis.” Makna rijsm itu secara khusus merujuk kepada ‘kekotoran dalaman’ sementara najis itu pula bermaksud benda kotor yang keluar dinamakan tahi.

Atas sifat berjudi, kalau dia dapat hasil (menang), katakan duit maka duit itu adalah duit najis. Makan duit najis sudah tentu akan mengotorkan darah daging dia. Sampai satu peringkat akan turut mengotorkan pemikiran dia. Jelaslah akibat judi, akal fikiran jadi kotor, rosaklah akal fikiran itu. Bila akal fikiran rosak, kesannya berlakulah banyak perkara yang tidak diingini – rempuh orang, bunuh orang, tembak orang dan sebagainya.

Cara orang berjudi pun sudah menggambarkan fikiran yang tidak waras. Bila berjudi perlu pertaruh duit, katakan seribu atau sejuta ringgit. Letak seletak-letaknya. Kita tak boleh buat apa-apa, hanya menunggu nasib. Tauke judi juga yang kaya.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons