Mar 17, 2011

CABARAN IMAN

Entah jika iman kita teruji sebegini, mampukah kita tertahan. Seorang insan yang dahulunya lahir dalam keluarga bukan Islam melafazkan syahadahnya lantaran Iman hinggap pada hatinya. Kekagumannya dan kesyukurannya terhadap iman yang kini mendiami hatinya menjadikannya memilih nama Islamnya sebagai Nur Iman.

Biarpun terpaksa menempuh jalan berbatu dan perjalanan yang jauh ke Bintulu, beliau sanggup berulang-alik setiap hujung minggu bagi menimba ilmu agama. Dalam kesungguhannya ini, beliau diuji apabila kereta yang dipandunya terbabas dan beliau mengalami kemalangan. Pada masa itulah juga, keluarganya mengetahui yang beliau telah memeluk Islam.

Pelbagai riaksi ditunjukkan oleh keluarganya, dari menyebut kemalangannya itu kerana memeluk Islam, memarahi, hinggalah memujuknya keluar dari Islam. Ungkitan dan pujukan pelbagai dari keluarganya, apatah lagi kereta yang dipandu milik ibunya.

(Bagaimanakah kesudahan kereta tersebut? Apa yang telah telah menjadi asbab beliau memeluk islam? ikuti artikel “Cabaran Iman” dalam siri yang akan datang)

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons