Mar 13, 2011

TSUNAMI DI JEPUN



Bintulu Iqra' Center (BIC) merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun ekoran gempa bumi paling kuat berukuran 8.9 skala Richter yang mengakibatkan ombak tsunami setinggi 10 meter menghentam timur laut Jepun 11 Mac 2011.

Mengikut sumber, ini merupakan tragedi paling buruk dalam tempoh 140 tahun. Kesan gempa juga telah menyebabkan berlakunya letupan pada loji nukler di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan berfungsi.

"Kejadian tsunami yang melanda Jepun kali ini telah mengingatkan kembali kita kepada tsunami yang telah melanda Acheh dan kawasan sekitarnya pada tahun 2004" ujar Dr Ahmad Afifi B Hj Arsyad, Pengerusi BIC 2011.

Mungkin sahaja ini merupakan peringatan dari Yang Maha Esa setelah keinsafan 2004 dahulu lenyap dan maksiat kembali dianggap biasa.

"Bintulu Iqra' Center, BIC menyeru kepada masyarakat untuk turut membantu semampu mungkin sebagai tanda kemanusiaan" seru Ustaz Sardi, Timbalan Pengerusi 1 BIC 2011, ketika ditanyakan pendapatnya.




0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons