Apr 29, 2011

Jom Sertai OPKIM 2011!



Bintulu Iqra' Center (BIC) buat julung kalinya bekerjasama dengan Masjid Al-Mustakim, RPR Kidurong untuk menganjurkan Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) untuk tahun 2011.




OPKIM pada tahun ini bakal diadakan selama 1 setengah hari bermula pada 30hb April 2011 yang berpusat di pekarangan Masjid Al-Mustakim @ RPR Kidurong.



Terdapat banyak program dan aktiviti menarik telah dirancang untuk OPKIM kali ini antaranya termasuklah pertandingan Street Soccer, gubahan buah-buahan, sukaneka untuk kanak-kanak serta permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban.

Di samping itu, badan-badan korporat serta agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Bank Muamalat, Celcom Axiata (M) dan banyak lagi turut mengambil bahagian dalam pameran.

Mari beramai-ramai ke Masjid Al-Mustakim pada 30hb Mei ini.



Terdapat pelbagai kejutan menanti anda di sana! Jumpa anda di sana!

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons