Apr 17, 2011

Jualan Amal BIC - updated


17 April - Bintulu Iqra' Center (BIC) merekodkan satu lagi kejayaan dalam diarinya apabila berjaya menganjurkan Jualan Amal BIC. Didorong matlamat untuk mengumpulkan dana untuk menganjurkan program-program pendidikan dan kebajikan, program julung-julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan di luar jangkaan.



Ketika Unit ICT membuat liputan sekitar jam 10.40 pagi, kebanyakan barangan sudah hampir habis dijual. Ketika diminta mengulas, saudara Hafeiz J mengatakan "Kita target sampai jam 2 petang, tetapi dah banyak habis, sambutan sangat menggalakkan".


Manakala seorang pengunjung ketika ditemuramah menyebut "Harapnya BIC boleh buat secara berkala, kawasan ni tiada kedai makan, kiranya dengan aktiviti jualan amal ni membantu kami juga la".

Tahniah sekali lagi kepada semua yang telah menjayakan Jualan Amal BIC.


Lagi gambar-gambar pada hari tersebut di sini dan sini.


Jzkk

2 Komen:

Anonymous said...

kredit utk barisan pimpinan BIC 2011!! TAHNIAH! JAZAKUMULLAH =)

B.I.C said...

Jzkk. Sila lawati galeri utk lebih gambar. ;)

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons