May 2, 2011

OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2011



Kidurong, Bintulu - 30 April hingga 1 Mei: Bintulu Iqra’ Center (BIC) sekali lagi telah berjaya mengadakan satu program kemasyarakatan iaitu Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) 2011 yang bertempat di Masjid al-Mustaqim RPR Kidurong, bermula 30 April 2011 sehingga 1 Mei 2011. Bertemakan “Masyarakat Prihatin, Silaturrahim Terjalin”, program dengan kerjasama Masjid al-Mustaqim ini telah menerima penyertaan dan kunjungan yang sangat memberangsangkan daripada penduduk setempat sesuai dengan salah satu objektif OPKIM iaitu mendekati masyarakat setempat dan mengenal pasti peluang untuk penambahbaikan dari segi pembangunan sahsiah, modal insan, pendidikan dan bimbingan kepada generasi Muslim.


Sepanjang program ini, beberapa agensi dijemput untuk turut bekerjasama menjayakan program ini termasuklah Yayasan Amal Malaysia, Cawangan Sarawak , Pejabat Belia dan Sukan Bintulu, Persatuan Kebajikan Islam Perubatan (PERKIP), Unit Pendidikan Kesihatan, Hospital Bintulu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Bank Muamalat, Produk kesihatan Lithin de Bella, Celcom dan Public Mutual.

Pelbagai aktiviti telah disediakan kepada pengunjung seperti saringan kesihatan, pameran kesihatan, derma darah, aktiviti sukaneka, pertandingan mewarna, gubahan buah-buahan, Street Soccer, demontrasi kebakaran oleh JPAM, demontrasi Taek Wan Do serta jualan. Pada malam 30 April pula telah berlangsung forum yang bertajuk “Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya” yang telah memperkenalkan tiga ahli panel iaitu Puan Rohani (Pengetua SMK Kidurong), Dr Ahmad Afifi (Hospital Bintulu), Ustaz Salehuddin (UKM) serta Cikgu Baki (SMK Kidurong) sebagai moderator forum.

Kesempatan ini, BIC ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi kelancaran OPKIM pada tahun ini. Ribuan terima kasih kepada sumbangan yang diterima dari pelbagai pihak, tenaga yang dihulurkan, idea dan pandangan yang dilontarkan, dan masa yang dikorbankan untuk menjayakan OPKIM. Semoga kebajikan yang sedikit ini dikira sebagai amalan dan layak menerima balasan baik dariNya.


Sila lawati GALERI GAMBAR untuk melihat gambar-gambar program OPKIM 2011.

Jzkk.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons