May 9, 2011

Ziarah Ukhuwah ke Rumah Dr Hj Hamli Biha


Sahabat BIC bersama dengan Dr Hj Hamli Biha
diperkarangan rumah beliau di Kidurong

Selepas Asar semalam BIC telah berkesempatan untuk menziarahi Dr Hj Hamli Biha, yang baru sahaja kematian anak lelakinya. Meskipun peristiwa tersebut telah berlaku hampir 2 bulan yang lalu, namun bagi mereka amat sukar untuk dilupakan. Sepanjang kunjungan kami, Dr Hamli asyik bercerita mengenai saat-saat dan tanda kematian anakanda beliau, sehingga kami hampir-hampir menitiskan airmata mendengar luahan dan isihati beliau. Ayah mana yang tidak sayang dengan anak. Namun demikian, suratan telah tertulis tanggal 29 Mac 2011, anakanda beliau telah mengalami kemalangan di Miri yang telah mengakibatkan kematian.


Dr Hj Hamli Biha telah dikurniakan 5 orang anak lelaki, dan seorang perempuan. Anak yang meninggal tersebut merupakan anak yang ke 5 yang juga merupakan anak lelaki bongsu yang baru mencecah usia 21 tahun. Apa pun sebagai hamba Allah, kita tiada hak untuk menghalang, Allah lebih sayangkan hamba-hambanya. Semoga Allahyarham Qudzami Abadi Hamli diletakkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Pihak kami mengucapkan Takziah kepada keluarga Dr Hj Hamli Biha di atas musibah ini, moga-moga beliau bersabar di atas ujian dan dugaan yang Allah telah anugerahkan kepada mereka yang terpilih ini.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons