Aug 27, 2011

BIC dan MACMA Anjur majlis penyampaian dan sumbangan untuk keluarga kurang berkemampuan

Para jemaah sedang mengambil makanan untuk berbuka

Pelbagai juadah disediakan untuk meraikan keluarga yang kurang
bernasib baik untuk turut merasai nikmat kurniaan Allah


Pengerusi MACMA, Puan Hajjah Norhayati menyampaikan
sumbangan pada keluarga yang kurang bernasib baik

Timb. Pengerusi BIC, Ust Sardi menyampaikan
sumbangan duit raya pada anak-anak


Sebahagian para jemaah Surau Nur Islam sewaktu menanti Solat Tarawikh


Bintulu – Bintulu Iqra’ Center ( BIC ) dan MACMA dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia dan Jawatankuasa Kebajikan Islam MLNG telah menganjurkan iftor jamaie bersama penduduk-penduduk yang kurang kemampuan di sekitar Similajau dan Sungai Plan. Seramai 18 keluarga telah dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak jawatankuasa penganjur.

Acara dimulakan dengan iftor jamaie. Selepas selesai solat Mahgrib, program bermula dengan penyampaian sumbangan kepada keluarga yang kurang bernasib baik dengan penyampaian sumbangan barang-barang keperluan dan wang ringgit kepada 18 keluarga dan diikuti dengan pemberiaan wang tunai kepada 3 orang pelajar yang telah dipilih oleh pihak jawatankuasa. Sebelum solat isyak, jawatankuasa program bermurah hati untuk menyampaikan duit raya kepada semua kanak-kanak. Dianggarkan sebanyak 50 orang kanak-kanak menerima duit raya dari pihak jawatankuasa penganjur.

Program diteruskan lagi dengan menunaikan solat Isyak secara berjamaah. Sebelum menunaikan solat sunat tarawikh, pengisian tazkirah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Lotfi Mat Sharif. Program diteruskan dengan menunaikan solat sunat tarawikh secara berjamaah. Program selesai sepenuhnya lebih kurang pukul 9.30 malam.

Pihak jawatankuasa penganjur mengucapkan berbanyak2 terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak–pihak yang teribat terutama pihak pengurusan MACMA yang telah membenarkan Surau Nur Islam digunakan sebagai tempat program untuk agihan sumbangan kepada keluarga miskin.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons