Aug 27, 2011

Program derma darah di Masjid Darul Hidayah

Sebahagian penderma sedang menderma darah

Berlumba-lumba untuk menderma darah

Bintulu- Bintulu Iqra’ Center dan Masjid Darul Hidayah dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Kakitangan Hospital ( PERKIP ) telah menganjurkan ‘ Kempen Menderma Darah ’ di Masjid Darul Hidayah. Sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh para jamaah Masjid Darul Hidayah amat menggalakkan.

Alhamdulillah, Seramai 38 orang peserta telah menderma darah kali ini. Menurut Dr. Afifi, penambahan sebanyak -+50% daripada bilangan tahun lepas. Tambahan pula pihak hospital amat memerlukan kumpulan darah A, dan pada malam ini ianya dapat dikumpul sebanyak 8 bag. Ini menunjukkan kesedaran dan kesediaan masyarakat untuk membantu pihak hospital bagi mengisi tabung darah hospital.

Menurut Dr. Afifi lagi, 3 orang penderma yang hampir pitam setelah mendermakan darah. Apapun keadaan pulih sediakala setelah beberapa minit. Bagi pihak penganjur, Masjid Darul Hidayah dan Bintulu Iqra’ Center mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua jamaah yang telah sudi mendermakan darah mereka dan terima kasih juga kepada pihak PERKIP Hospital Bintulu kerana bersedia untuk membuka kaunter dermaan darah. Kaunter dermaan darah tamat pada jam 11 malam setelah beroperasi lebih kurang 3 jam.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons