Nov 8, 2011

Ziarah Amal dan Ibadah Korban di Pulau Bruit, Daro


Bintulu Iqra’ Center bersama Yayasan Amal Malaysia telah melaksanakan Ziarah Amal dan Ibadah Korban di Kampung Bruit, Daro kira-kira 7 jam perjalanan dari Bintulu. Untuk sampai ke Kg Bruit yang terletak di kepulauan Bruit tersebut, terpaksa melalui jalan darat dan air. Satu pengalaman baru kepada para peserta untuk menempuh cabaran bagi menyampaikan sumbangan kepada mereka yang berhak.

Seramai 25 peserta telah bersama-sama menjayakan program ini yang melibatkan 6 buah kenderaan. Perjalanan bermula jam 8 pagi 5 November 2011 ( Sabtu ) dan telah selamat tiba di Kampung Kot pada kira2 jam 2 petang. Untuk makluman Kampung Kot ini ialah tempat chek point atau jeti untuk permulaan perjalanan kami melalui jalan air untuk sampai ke Kampung Bruit. Kami hanya menyewa sebuah bot nelayan yang agak besar tapi tidak berbumbung, risau juga kalau2 hujan2 akan turun, namun demikian, Alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai ke destinasi kira-kira 1 ½ jam perjalanan, tanpa ada halangan.

Aktiviti pada pada malam tersebut bermula dengan pengisian rohani / ceramah di Masjid lama Kg Bruit yang telah disampaikan oleh Ustaz Ibrahim, Pengerusi YAM Sarawak. Alhamdulillah sambutan masyarakat sangat mengalakkan, barangkali jarang2 penceramah atau ustaz2 turun untuk memberi ceramah. Sempat juga para peserta beramah mesra dengan penduduk setempat. Masyarakat di sini sangat menghargai orang luar yang dating bertandang ke kampong mereka, Alhamdulillah.

Pagi hari Ahad 5 November 2011, kami bersegera untuk menunaikan solat sunat Aidil adha di Masjid Baru Kg Bruit. Di Kampung ini tidak ada kenderaan lain selain basikal dan motosikal. Jadi kami terpaksa berjalan lebih kurang 5-8 minit perjalan dengan berjalan kaki dari rumah penginapan kami. Aktiviti pada hari ini, ialah melaksanakan ibadah korban, menyampaikan sumbangan kepada 35 penerima yang layak yang terdiri dari fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang sakit yang tidak berkeupayaan untuk mendapatkan rawatan luar disebabkan ketidak mampuan dari segi kewangan. Selesai program di Masjid kami bersama-sama dengan masyarakat kampung dengan berziarah dari rumah ke rumah sehingga lewat petang.

Pada sebelah malam, satu sesi ceramah diadakan di Masjid Baru, Kampung Bruit yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Sardi, Timbalan Pengerusi BIC. Alhamdulilah telah sempurna program dan aktiviti kami selama 2 hari di sini.

Seawal jam 5 pagi 6 November 2011, kami telah bersiap2 untuk pulang ke tempat masing2. Terasa sayu dan hiba kebanyakkan peserta Ziarah Amal kerana terpaksa meninggalkan perkampungan Bruit. Insyallah, jika ada kelapangan dan masa, pada masa akan dtg, pihak kami akan menganjurkan program sedemikian, disebabkan harapan dan permintaan dari masyarakat setempat yang sangat tinggi.

Pihak penganjur mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih terutama kepada YAM Cawangan Pahang di atas sumbangan lembu korban, dan kepada penderma-penderma yang budiman samaada orang perseorangan, JKI MLNG Bintulu, moga-moga segala sumbangan yang kita telah diberikan akan dihisab oleh Allah dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Tidak dilupakan kepada Saudara Salman dan keluarga yang banyak menghulurkan bantuan, juga kepada semua sukarelawan Amal, yang sangup mengorbankan masa dan wang ringgit untuk bersama-sama membantu menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Islam yang memerlukan, moga-moga allah akan menerima sehala pengorbanan yang kita lakukan. Insyallaah kita akan bertemu lagi pada masa akan datang. Sirru ala barakatillah, ma ‘a’salamah.

1 Komen:

Anonymous said...

There are so many ways to use brick, block, slabs,
rocks, gravel and other stone formations. Approach human resource professionals and companies and ask what skills
and qualities they look for in staff and be able to tick all the boxes before applying.
This is still faster than dropping your
entire inventory.

Also visit my page ... mining

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons