Mar 17, 2012

Kursus Asas Fotografi & ICT (Siri I)


BINTULU, 17 Mac 2012: Kursus Asas Fotografi & ICT siri pertama bagi tahun 2012 telah berjaya dianjurkan yang dihadiri oleh ahli jawatankuasa BIC.

Fasilitator menerangkan teknik framing yang betul semasa mengambil gambar

Kursus yang dianjurkan di premis BIC ini telah berjaya mendedahkan para peserta kepada teknik-teknik asas senifoto dan penyuntingan gambar. Selain itu, para peserta juga didedahkan tentang kaedah membina dan mengemaskini blog.

"Saya amat berterima kasih kerana program ini telah memberi pendedahan yang baik kepada saya dan berharap agar kursus ini dapat dibuka kepada orang awam," ujar Ustaz Nasir, salah seorang peserta kursus.

Peserta didedahkan teknik-teknik mengemaskini blog BIC

BIC sememangnya ada perancangan untuk mengadakan program seumpama ini kepada orang awam. Nantikan kemunculannya!

Seorang lagi fasilitator menerangkan asas membina blog

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons