May 9, 2012

KRISIS UBAT DI GAZA SEMAKIN MERUNCING

Rabu , 09/05/2012 - Dr. Ashraf Qudrah, Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza menyatakan bahawa krisis bekalan ubat di Gaza semakin parah. Lebih dari 202 jenis ubat kehabisan stok, walaupun ubat tersebut amat diperlukan oleh pesakit kronik seperti ubat-ubatan untuk penyakit barah,jantung dan buah pinggang.
Sementara itu 120 jenis ubat lainnya akan habis dalam tempoh dua atau tiga bulan. Pesakit di Gaza tidak boleh mendapatkan sekitar 322 jenis ubat-ubatan. Hal ini akan menambahkan derita kepada para pesakit dan menjadi halangan besar kepada para petugas perubatan untuk memberikan layanan kesihatan kepada pesakit.
Dalam keterangan akhbarnya, Isnin (7/5) Qudrah meminta semua pihak untuk turut serta bertanggungjawab secara kemanusiaan dan moral serta tidak hanya sekadar mengutuk tetapi keluar dari sikap berdiam diri dan segera menekan pihak penyebab krisis serta menamatkan krisis yang boleh mengancam kelangsungan hidup para pesakit Gaza. Krisis ubat-ubatan di Gaza sekarang adalah yang terburuk dan melangkaui garis normal.

Dipetik dari: www.palestinkini.info
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons