May 3, 2012

PERARAKAN ZIONIS MENDESAK SEGERAKAN PEMBINAAN KUIL

Rabu , 02/05/2012 - Kumpulan-kumpulan Zionis telah mengadakan satu perarakan yang dinamakan “Perarakan Pintu-pintu” pada Ahad lalu yang merupakan permulaan bulan Hebrew. Perarakan itu melalui lorong-lorong di Kota Lama, Jerusalem sambil melaungkan slogan anti-Arab dan anti-Muslim serta meminta disegerakan pembinaan kuil mereka.



Yayasan Al-Aqsa bagi Dana dan Warisan berkata dalam satu kenyataan media bahawa kerajaan haram Zionis, oraganisasi-organisasi Yahudi dan kumpulan-kumpulan ekstremis berterusan menyediakan ruang untuk berlakunya lebih banyak serangan dan kekejaman ke atas Masjid Al-Aqsa, termasuk perarakan terbabit.
Perarakan terbabit merupakan anjuran organisasi Har Hamor dan bertemakan “kembali kepada Temple Mount untuk membina kuil dan menjalankan korban.” Ia mendapat perlindungan pihak bersenjata rejim Zionis

Dipetik dari : www.palestinkini.info

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons