May 16, 2012

REJIM ZIONIS MUSNAHKAN KAWASAN PERTANIAN PALESTIN DI SELATAN AL-KHALIL

Selasa, 15-05-2012 - Tentera rejim Zionis (IOF) telah memusnahkan satu kawasan pertanian yang sangat luas di selatan Al-Khalil pada Khamis lalu.

Othman Jabarin, Koordinator bagi Jawatankuasa Popular di Janda yang terletak di bahagian tenggara bandar Yatta, telah memaklumkan Media Quds bahawa IOF telah menceroboh satu kawasan tanah yang luas serta memasang khemah-khemah bagi
melakukan operasi ketenteraan.

Katanya, IOF telah memusnahkan sebanyak 1,000 dunum persegi (1 dunum=0.247 ekar) kawasan pertanian rakyat Palestin yang dipenuhi dengan tanaman gandum dan barli.

Sumber: www.palestinkini.info
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons