May 29, 2012

SELAMAT CUTI SEKOLAH

Saban hari, masa berputar semakin pantas. Peredaran manusia juga menjadi semakin pantas dan semakin pantas. Jika suatu masa dahulu maklumat disampaikan melalui perantaraan burung, manusia dan sebagainya, kemudian manusia bertemu teknologi yang lebih pantas iaitu telifon.

Manusia bergerak lebih pantas kemudiannya dengan penemuan teknologi baru, membawa manusia ke alam komputer dan internet. Kini maklumat dimiliki tanpa sempadan dalam selang waktu hanya beberapa saat. Dalam kepantasan ini, apakah pendidikan kekeluargaan dan pembinaan kendiri generasi baru semakin utuh atau semakin longgar?

Dalam ruang waktu yang wujud pada cuti sekolah ini, lunagkanlah masa bersama keluarga. Antara tips memanfaatkan musim cuti sekolah anak-anak adalah dengan manfaatkan masa bersama. Memberi penerangan tentang apa yang diperhatikan, ditonton dan dirasai.

Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.

Bawa keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah tempat-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak. Kalau kurang mampu, bawalah anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi yang berhampiran.

Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan

Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, boleh juga bawa anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca

Melayari internet dan menjelajah alam maya bersama juga bermanfaat dengan menerangkan apa yang sepatutnya dilayari dan iktibar yang boleh diperolehi.

Yang paling penting dan utama adalah, ziarahilah ibubapa (jika mereka tidak tinggal bersama) dan didiklad anak-anak menghormati orang tua.

Semoga artikel ringkas sempena cuti sekolah ini memberi manfaat untuk kita bersama.
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons