Jun 27, 2012

Pegawai SKM kunjungi BIC

Melihat premis untuk dijadikan model perniagaan runcit

Lawatan Pengarah Pembangunan Perniagaan, Tuan Haji Abdullah ke BIC

Bintulu- 27 Jun, Pegawai SKM yang diketuai oleh Tuan Haji Abdullah ( Pengarah Pembangunan Perniagaan SKM) dan rombongan dari Kuala Lumpur telah mengunjungi BIC untuk melihat operasi Koperasi Amal Bintulu Berhad. Tujuan kunjungan ini adalah untuk melihat secara lebih dekat berkenaan program dan aktiviti koperasi berjalan sebagaimana yang dirancangkan.

Pihak BIC mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian para tetamu dari Kuala Lumpur untuk bersama-sama dengan BIC bagi membincangkan aktiviti - aktiviti yang boleh pihak koperasi terlibat khususnya di dalam perniagaan runcit. Mudah-mudahan dengan lawatan ini akan mempermudahkan pihak koperasi untuk melebarkan jaringan perniagaan.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons