Jul 6, 2012

BERSAMA USTAZ RASHIDI LOBO DI SURAU MACMA

5 Julai, BINTULU - Bersempena dengan Nisfu Syaban, Surau MACMA Bintulu telah mengadakan program bersama Ustaz Rashidi Lobo.

Merupakan penulis buku bestseller Travelog Syahadah dan buku Travelog Hidayah terbitan PTS, beliau telah menerima hidayah pada penghujung 2001. Nama penuh beliau adalah Ustaz Muhammad Rashidi Lobo Abdullah.

Beliau adalah anak jati Sarawak yang brasal dari Lundu,Kuching dan berketurunan Bidayuh. Setelah memeluk Islam, beliau telah mempelajari Islam dengan tekunnya di pondok dan pusat-pusat pengajian di Kelantan, Kedah dan Terengganu dan kini membina rumahtangga di Terengganu. Beliau kini aktif menggerakkan dakwah dan telah berjaya mengIslamkan 28 individu dan 2 buah keluarga di sabah,sarawak dan semenanjung.

Beliau juga sering diundang ke program-program ceramah dan forum di masjid, surau, universiti, kolej, sekolah dan juga badan-badan koperat seperti Petronas.

Ikuti perjalanan Hidayah beliau di Masjid Darul Hidayah, Bintulu pada malam ini (6 Julai 2012), selepas solat Magrib.
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons