Jul 28, 2012

KULIAH ZOHOR RAMADAN

Adakah sama orang yang bodoh sama dengan orang yang pandai? Jika sama tentu orang yang bodoh tidak akan berusaha untuk berusaha menjadi orang yang pandai.

Adakah sama orang yang tidak solat sama dengan orang yang solat? Adakah sama orang yang solat di masjid dengan orang solat dirumah? Jika sama tentu Allah tidak adil.

Meskipun kita mengetahui, kenapa kita tidak berusaha? Orang yang tahu tetapi tidak berusaha, sama sahaja dengan orang yang tidak mengetahui. Seumpama orang yang yakin jika dia menyertai sesuatu perniagaan, tetapi dia tidak berusaha. Adakah dia akan memperolehi keuntungan? Tentunya tidak.

Andai kata Sultan Brunei mengeluarkan iklan yang Baginda akan membuat sambutan ulangtahun Baginda di Bintulu pada 2013. Pada hari tersebut Baginda akan memberi ganjaran $3000 setiap seorang bagi 2000 orang penduduk asal Bintulu yang pertama. Bermula 8.00pagi di Dewan Suarah. Tentu sahaja semua penduduk asal Bintulu akan bercakap-cakap mengenainya. Yang jauh akan pulang. Yang sakit pun akan diangkat. Mungkin sahaja seawal 5.00pagi orang akan beratur di Dewan Suarah agar menjadi 2000 orang yang pertama.

Kerana apa? Kerana kita yakin Baginda mampu menunaikannya. Bagaimana pula sikap kita dengan janji-janji ganjaran Ramadan yang banyak. Tentu orang yang berusaha akan memperolehinya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons