Aug 7, 2012

PEDULIKAH KITA?

Ramadan sudah menghampiri ke 10 hari yang terakhir, dalam semangat umat islam mengejar rahmat Ramadan dan Lailatul Qada, namun pedulikah kita dengan pencabulan yang saban hari dilakukan terhadap saudara kita?

Pada 07-08-2012, Regim zionis Israel (IOF) telah menyerbu Khirbet al-Mayta di Wadi al-Maleh di Lembah Utara Jordan, dan menyerahkan pemberitahuan tentera kepada tujuh keluarga untuk merobohkan rumah-rumah mereka dan mengosongkan kawasan itu sebelum September. Mereka turut mendakwa bahawa wilayah itu adalah zon tentera yang tertutup.
Penduduk Khirbet al-Mayta ini sentiasa diancam dengan perobohan rumah-rumah mereka dan dihantar pulang secara paksa. Kawasan itu menyaksikan perobohan besar pada bulan lepas yang mengakibatkan banyak penduduk berhijrah ke arah Hammamet al-Maleh, yang terletak 2 km dari penempatan masyarakat Badwi.

Ghallab Abu Zahou, penduduk tetap Khirbet al-Maleh, memberitahu wartawan PIC bahawa perobohan berterusan sangat menganiaya rakyat Palestine yang telah mengalami kemiskinan dan kebuluran serta dilucutkan hak-hak sivil yang paling asas yang dijamin oleh semua undang-undang dan peraturan.

Sumber: www.palestinkini.info
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons