Jun 19, 2013

KEBAKARAN DI KAMPUNG DATU DAN KAMPUNG HILIR, SIBU.

19 Jun 2013, SIBU - Satu kebakaran besar telah berlaku di Kampung Datu dan Kampung Hilir di Sibu yang melibatkan sekitar 100 keluarga.
Kebakaran pada petang Rabu itu telah menyebabkan lebih 600 penduduk hilang tempat tinggal dan harta benda. Kedudukan rumah yang hampir dan sebahagian besar binaan yang diperbuat dari kayu menyebabkan kebakaran tersebut merebah dengan pantas.
Atas dasar keperihatinan, Bintulu Iqra Center dan Yayasan Amal Malaysia melancarkan tabung sumbangan mangsa kebakaran di Kampung Datu dan Kampung Hilir, Sibu.Segala sumbangan boleh di Bank In terus ke akaun Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak  (BIMB-11022010032002). "Sekiranya ada pakaian2 yg masih baik dan elok, bolehlah sumbangkan terus kpd kami utk kami sampaikan kepada mereka.Insyallah selaras dengan moto Yayasan Amal Malaysia iaitu Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal kerana Allah" ujar Pengerusi YAM Sarawak. No. Perhubungan Pengerusi YAM Sarawak +60194535119, Timb. Pengerusi +60133640105.
Semoga seluruh masyarakat yang terlibat tabah dalam menghadapi ujian ini.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons