Jun 9, 2013

SI KAYA YANG BAKAL BERTANDANG LAGI

Hadirnya dinanti-nanti oleh orang yang mengenali dan mengerti akan kekayaannya, segala persiapan dilakukan serapinya agar kehadirannya tidak tersia-sia.

Cuba perhatikan, segala persiapan peralatan mula dipersiapkan, bahkan tempahan sudah dibuat berbulan-bulan yang lalu. Apa sahaja pengalaman setahun yang lalu bagi si peniaga dijadikan iktibar untuk penambahbaikian untuk menghadapi waktu puncak.

Bagi peniaga pakaian, bekalannya mula ditempah bahkan banyak yang sudah sampai. Bagi yang berniaga biskut, biskut-biskut contoh mola diedar dan tempahan mula diambil. Bagi pemilik kedai dan pasaraya pula hiasan-hiasan dan dekorasi kedai mula dipersiapkan, dan beberapa hari sahaja lagi dalam perhitungan untuk diperdendangkan lagu-lagu bagi membangkitkan semangat.

Wah alangkah bersiap sedianya bagi mereka yang memahami erti Ramadhan suatu bulan yang berganda-ganda pada hasilnya. Bahkan bukan sahaja pada pengusaha Islam, sekalipun yang bukan Islam.

Maka bagaimanakah persiapan kita? Rejab dan Sya'ban yang sepatutnya menjadi bulan pemanas badan telahpun dimanfaatkan sebaiknya?

Salam persiapan menanti ketibaan tetamu agung yang penuh kekayaan

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons