Jul 19, 2013

FORUM ISRA' MIKRAJ

Forum Nuzul Quran 1434H akan dianjurkan pada 12 Ramadhan 1434H bersamaan 21 Julai 2013 bertempat di Masjid Darul Hidayah.
Bermula jam 4.00petang, forum ini menampilkan dua orang panel terkenal iaitu Ustaz Ahmad Husni b Abdul Rahman, pesonaliti TV dan juga panalis Majalah Al-Ustaz dan Ustaz Solehuddin B Abu Samah, Panel Bahagian Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad, beliau juga merupakan panalis Majalah Al-Ustaz.

Bertemakan Al-Quran Membina Insan Bertaqwa, forum yang akan dimoderatorkan oleh Ustaz Mohd Anuar B Mohamad Kamal dari IKM Bintulu ini merupakan hasil kerjasama Bintulu Iqra' Center, Jabatan Agama Islam Bintulu, Masjid Darul Hidayah, Bank Islam, JASA ABF dan JKI MLNG.

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga akan menjayakan Forum Nuzul Quran tersebut.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons