Feb 20, 2010

Misi AMAL Ad-Da’wah Ila Allah ke Ulu Kota, Pakan

Bergambar kenangan bersama masyarakat Islam Ulu Kota.
Semoga aqidah mereka akan terpelihara

Siri catatan perjalanan Ziarah Dakwah ke Ulu Kota, Pakan ini diambil dari catatan dan pengalaman Akhi Muhtar Suhaili, pengerusi AMAL Sarawak. Semoga para penziarah akan menginsafi segala perjalanan dan pengalaman yang kami tempuhi. Sesungguhnya bersyukur pada mereka yang diberikan kesempatan dan waktu untuk melihat sendiri akan kesusahan dan kepayahan untuk mempertahankan Islam di Ulu Kota ini. Baca pengalaman berikut :

As-Sarawaki, 05 Rabi’ul Awwal 1431H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin! Selamanya puji dan puja milik Allah SWT yang Memiliki Segalanya. Segala puji bagi Allah, kita memujiNya dan mengharapkan perlindungan serta keampunan dariNya. Kita berlindung dengan Allah daripada keburukan amalan diri kita. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah Ta’ala, maka tidak ada yang mampu menyesatkannya, dan barangsiapa yang tidak diberi petunjuk maka tidak ada sesiapa yang mampu menunjukinya ke jalan kebenaran!


Ad-Da’wah Ila Allah Adalah Kewajipan Setiap Muslim

Sheikh Mustapha Masyhur di dalam membicarakan “Berdakwah Kepada Allah (Ad-Da’wah Ila Allah)” menyatakan dengan penuh motivasi tentang kepentingan menyeru manusia kepada Allah SWT. Beliau menyatakan:

Menyeru manusia kepada Allah SWT (ad-da’wah ila Allah) adalah kewajipan setiap Muslim dan Muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah SWT yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.

Menyeru manusia kepada Allah SWT adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah. Firman Allah yang bermaksud:


“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri (yakni Islam).” (Surah Fushilat, ayat 33).


Menyeru manusia kepada Allah SWT menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki (atau wanita) lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Hadith Riwayat at-Tabrani)


Menyeru manusia kepada Allah SWT dan kepada jalan yang benar, adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman ini yang berkecamuk dengan berbagai kefahaman dan ideologi, trend semasa yang memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan.Menyeru manusia kepada Allah SWT adalah salah satu peringkat (marhalah) yang penting dalam amal Islami yang perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh!

Misi Ziarah Dakwah AMAL ke Ulu Kota, Pakan

Alhamdulillah, seramai 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada anggota Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak, Bintulu Iqra’ Center (BIC), Harakah Islamiah (HIKMAH) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah memberi komitmen dengan penuh semangat volunteerism untuk menyertai Misi Ziarah Dakwah AMAL ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei pada 12-15 Februari 2010 bersamaan 27 Safar - 01 Rabi’ul Awwal 1431H yang lepas.


Program ini merupakan Siri ke-4 Ziarah Dakwah Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dalam rangka menjalankan aktiviti kebajikan bersama Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan. Dalam masa yang sama, satu lagi tujuan utamanya ialah menjalankan upacara pecah tanah bagi Pembinaan Surau AMAL Al-Azhar di perkampungan tersebut.


Penglibatan dari peringkat akar umbi sehingga kepada pimpinan tertinggi Yayasan AMAL Malaysia dalam ziarah pada kali ini diharap memberi kesan yang positif bagi membentuk sensitiviti dan rasa tanggungjawab terhadap Saudara Baru di samping memberi pendedahan kepada para mad’u tentang betapa pentingnya menjalani kehidupan sebagai masyarakat Muslim sejati. Antara objektif program yang telah digariskan termasuklah:

  • Menyempurnakan majlis pecah tanah untuk pembinaan Surau
  • Menyediakan majlis ilmu kepada masyarakat Ulu Kota
  • Mempertautkan ukhuwah yang sedia terjalin supaya bertambah erat

‘Ala kulli hal, hikmah utama dan ‘ibrah istimewa yang saya perolehi hasil daripada rehlah kali ini ialah betapa para dai’e mestilah sentiasa nasihat-menasihati sesama mereka, tolong-menolong dalam menghadapi halangan dan rintangan, serta berganding bahu dalam merancang dan memanfaatkan pengalaman yang dilalui bersama di medan ini!


Insya Allah akan bersambung…

Sebagai perkongsian, berikut dipaparkan gambar-gambar kenangan program buat tatapan dan ‘ibrah tetamu ziarah yang budiman sekalian. Semoga ianya memberi motivasi, menimbul azam dan menambah tekad untuk bersama-sama dalam misi-misi akan datang, semata-mata liridhalLah. Semoga ada khair dan manfaatnya. Amiin Ya Rabb!


Persediaan akhir sebelum bertolak dari Pejabat AMAL Sarawak @ Miri


Taklimat dan doa sebelum bertolak 7.30mlm - 9 orang sukarelawan dari Miri


Alhamdulillah, tiba di Bandar Bintulu sekitar jam 10.30 malam


Singgah menjamu selera makan malam di Anjung Selera, Bintulu


Berbincang bersama Pengarah Program, Saudara Zahari Deli


Taklimat akhir di BIC - Tambahan 9 sukarelawan Bintulu + 2 Malaya


Saudara Che Salmi (3 dari kiri), sukarelawan AMAL Terengganu turut serta

Taklimat Perjalanan oleh Ustaz Ibrahim selaku Penasihat Program


Pak Dr. Daeng membacakan doa sebelum bertolak dari Bintulu 12.30pagi


Alhamdulillah, sebanyak 5 buah kereta 4WD bertolak menuju Sarikei


Singgah minum dan rehat di Restoran Nurliana Abdullah, Selangau


Alhamdulillah, tiba di Sarikei 5.17pagi, disambut oleh Dr Awang Ismail (HIKMAH)


Tuan Imam Haji Yahya, YDP ABIM Sarikei mengalu2kan rombongan


Tazkirah Subuh oleh Ustaz Salehuddin Abu Samah di Masjid Sarikei


Sarapan dan minum pagi di Nurseri/ TASKI ABIM Sarikei


Mesyuarat dan Sesi Taa'ruf AMAL-JAIS-HIKMAH-ABIM-ITB-HALUAN


Mesyuarat dan Sesi Taa'ruf AMAL-JAIS-HIKMAH-ABIM-ITB-HALUAN


Ustaz Zamri Rajab, Ketua Protem AMAL Sarawak Unit Sarikei yang baru dilantik


Persiapan akhir di Sarikei sebelum bertolak ke Ulu Kota, Pakan


Foto Kenangan Pelancaran Yayasan AMAL Malaysia Caw. Sarawak Unit Sarikei


Perjalanan menuju ke Perkampungan Saudara Kita, Ulu Kota bermula


Jalan menuju Perkampungan Saudara Kita Ulu Kota: Fasa 1 - Berturap


Jalan menuju Perkampungan Saudara Kita Ulu Kota: Fasa 2 - Berbatu-batu


Jalan menuju Perkampungan Saudara Kita Ulu Kota: Fasa 3 - Tanah Merah


Menjamu selera Makan Tengahari dengan nasi tapau di tepi hutan


Menjamu selera Makan Tengahari dengan nasi tapau di tepi hutan


Perjalanan Rally menuju ke Perkampungan Ulu Kota in memory


Perjalanan Rally - Kereta Toyota Hilux QMN9717 mendahului konvoi 6 4WD


Perjalanan Rally - Kereta Mitsubishi Storm dipandu oleh Saudara Mohd Ali


Perjalanan Rally - Kereta Toyota Hilux dipandu oleh Ustaz Ustaz Ibrahim


Perjalanan Rally - Kereta Mitsubishi Triton dipandu oleh Saudara Azlan


Perjalanan Rally - Kereta Mazda BT-50 (back) dipandu oleh Saudara Wan Kamarul

Perjalanan Rally - Kereta Pajero JAIS dipandu oleh Saudara Luizman

Perjalanan Rally menuju ke Perkampungan Ulu Kota in memory

Perjalanan Rally menuju ke Rumah Panjang TR Bandok in memory

Perjalanan Rally - Sahabat-sahabat IKBN terus bersemangat

Perjalanan Rally - Saudara Asrin, Zahari dan lain-lain masih bertenaga


Ustaz Saiful Zafri dan Ustaz Zulfadli seronok selamat tiba di Ulu Kota

Alhamdulillah, selamat tiba dan disambut oleh Ketua Kaum Saudara Azhar

Ahli rombongan, sukarelawan dan penduduk kampung beramah mesra

Kaum Ibu dan Anak-anak Saudara Kita turut menyambut sama

Seorang makcik yang turut menyambut kami bersama anjing peliharaannya

Ustzh Nurazian, Ustzh Rohanawati & Ustzh Zubaidah dari JAIS bersama Kaum Ibu

Para sukarelawan bergotong-royong menurunkan barang2 yang dibawa

Sukarelawan dan penduduk kampung bergotong-royong memunggah barang2


Cikgu Asrin dari SMK Pakan sedang menghidangkan lepat sebagai jamuan

Saudara Azan berkongsi keceriaan dengan Saudara Junaidi dan Azlan

Penerangan dan Kata-kata Aluan dari Pengerusi Yayasan AMAL Sarawak

Sesi Ta'aruf di dalam Bahasa Iban sambil menikmati Jamuan Ringan

Sesi Ta'aruf di dalam Bahasa Iban sambil menikmati Jamuan Ringan

Ziarah Kasih Sayang ke Rumah Panjang TR Bandok Ulu Kota

Saudara Che Salmi dan Mohd Ali di hadapan tengkorak bersama penjaganya

Foto bersama Tuai Rumah Encik Bandok. Di kiri sekali Ustaz Fadzli (HIKMAH)

Bersama Ustaz Amir Ridhwan (HIKMAH) dan penduduk rumah panjang

Menziarahi seorang penduduk yang mengalami penyakit saraf dan tulang

Menziarahi seorang penduduk yang mengalami penyakit saraf dan tulang

Semua ahli rombongan Mandi Sungai sepanjang berada di Ulu Kota

Solat Jama' Zohor dan Asar di dalam Rumah Panjang TR Bandok

Encik Ukan yang suka memakai kopiah. Semoga Allah memberi hidayah iman

Bermesra dan bertukar-tukar fikiran dengan penduduk rumah panjang


Klinik bergerak - Rawatan Kesihatan percuma oleh Dr. Awang Ismail

Klinik bergerak - Rawatan Kesihatan percuma oleh Dr. Awang Ismail

Sebahagian penduduk yang menunggu bagi mendapatkan rawatan kesihatan

Ustaz Amir Ridhwan sedang menyampaikan penerangan dan mesej dakwah

Pengerusi AMAL Sarawak sedang menyampaikan penerangan dan mesej dakwah


Gambar-gambar hari ke-3 dan ke-4 sedang diupload….tunggu


Semoga program yang telah dianjurkan memberi manfaat kepada semua yang turut serta, mengeratkan tali silaturrahim antara sukarelawan, memberi impak positif kepada penduduk Saudara Baru dan penduduk rumah-rumah panjang serta memperkukuhkan lagi Teras Budaya AMAL dalam diri kita semua. Sesungguhnya Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada mereka yang berjuang keranaNya. Allah telah berjanji:

“Intansurullah! Yansurkum (Jika kamu membela agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu)”.

Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Saudara Abdul Azeez Mohamad (019-8874784), Saudara Mohd Azwani Abdul Rani (013-3603290), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.


Wallahu a’lam bissawab.


Sila baca juga artikel terdahulu yang berkaitan berikut:

1. Ziarah Dakwah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei

2. Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan

3. Sebuah Catatan: Ekspedisi Dakwah Ke Ulu Kota

4. Kembara Mahabbah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan

5. Saudara Kita Di Ulu Kota.. Keprihatinan Muslimin Ditagih!

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”


1 Komen:

Hamidah said...

Alhamdulillah. Syabas dan tahniah. Mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan dakwah kita. InsyaAllah

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons