Jul 20, 2013

TADARUS MUSLIMAT, KULIAH MUSLIMAT DAN BUBUR LAMBUK

20 Julai, BINTULU - Aktiviti berkala Tazkirah Muslimat yang berlangsung di Masjid Mustaqim melibatkan para muslimat khususnya penduduk sekitar RPR Kidurong hasil kerjasama erat Bintulu Iqra' Center (BIC), Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik (JAKSA) dan Masjid Mustaqim.

Bersempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia, Program Tazkirah Muslimat dimulakan dengan aktiviti tadarus Al-Quran. Lebih istimewa, turut berlangsung Program Gotong-royong Bubur lambuk dimana pada tahun ini, Masjid Mustaqim telah dipilih oleh Jawatankuasa sebagai tempat dilaksanakan gotong-royong tersebut.

Berikut adalah laporan semasa oleh wartawan di lokasi:

10.50pagi - Sedang berlangsung : Tadarus Muslimat di bahagian ruang utama solat masjid manakala dibahagian dewan terbuka masjid pula, para sukarelawan sedang bergotong-royong menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk.
Pihak Bintulu Iqra' Center turut mengadakan penyerahan kurma kepada pihak masjid.

11.50pagi - Sedang berlangsung : Kuliah muslimat sedang berlangsung yang disampaikan oleh Ustazah Juraidah dari SMK Bintulu. Para sukarelawan pula sedang memulakan memasak bubur lambuk

3.40petang - Sedang berlangsung : Bubur lambuk yang siap dimasak di pak untuk diagihkan


12

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons