Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Jul 20, 2013

TADARUS MUSLIMAT, KULIAH MUSLIMAT DAN BUBUR LAMBUK

20 Julai, BINTULU - Aktiviti berkala Tazkirah Muslimat yang berlangsung di Masjid Mustaqim melibatkan para muslimat khususnya penduduk sekitar RPR Kidurong hasil kerjasama erat Bintulu Iqra' Center (BIC), Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik (JAKSA) dan Masjid Mustaqim.

Bersempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia, Program Tazkirah Muslimat dimulakan dengan aktiviti tadarus Al-Quran. Lebih istimewa, turut berlangsung Program Gotong-royong Bubur lambuk dimana pada tahun ini, Masjid Mustaqim telah dipilih oleh Jawatankuasa sebagai tempat dilaksanakan gotong-royong tersebut.

Berikut adalah laporan semasa oleh wartawan di lokasi:

10.50pagi - Sedang berlangsung : Tadarus Muslimat di bahagian ruang utama solat masjid manakala dibahagian dewan terbuka masjid pula, para sukarelawan sedang bergotong-royong menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk.
Pihak Bintulu Iqra' Center turut mengadakan penyerahan kurma kepada pihak masjid.

11.50pagi - Sedang berlangsung : Kuliah muslimat sedang berlangsung yang disampaikan oleh Ustazah Juraidah dari SMK Bintulu. Para sukarelawan pula sedang memulakan memasak bubur lambuk

3.40petang - Sedang berlangsung : Bubur lambuk yang siap dimasak di pak untuk diagihkan


12

Jul 8, 2013

TITIAN BUDI & ZIARAH DAKWAH KE KUALA TATAU

7 Julai 2013, BINTULU - Para sukarelawan Bintulu Iqra Center, KOAMAL dan JKIM pada minggu ini menjayakan progam Titian Budi dan Ziarah Dakwah ke Kampung Kuala Tatau.

Berikut adalah sebahagian gambar sewaktu program berlangsung.

"Insyaallah pada minggu hadapan, 14 Julai 2013, kita akan bersama lagi ke Kampung Labang, Sebauh dan Ulu Segan. Sertai kami", Ujar pengarah progaram, saudara Lizam.

Jun 28, 2013

PROGRAM PRE RAMADHAN

Program pre Ramadhan sekitar Bintulu. Semoga kita menyambut tetamu mulia dengan berbekalkan ilmu

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons