Showing posts with label Kebajikan. Show all posts
Showing posts with label Kebajikan. Show all posts

Dec 31, 2009

Program Peningkatan Diri 2009- AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Gempur Kampung Wawasan Jaya Bintulu





Berkat gerak kerja yang sepadu dari tenaga Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak, Bintulu Iqra Centre bertempat di kawasan perkampungan Daerah Bintulu akhirnya berjaya dilaksanakan satu program iaitu PROGRAM PENINGKATAN DIRI 2009.

Pengarah program PPD 2009,Saudara Zahari Bin Deli bersama-sama dengan tenaga sukarelawan AMAL telah berkampung selama 3 hari 2 malam bermula 25 sehingga 27 Disember.

Pelajar yang disasarkan terlibat adalah seramai 25 orang yang mewakili 5 buah kampung yang terdapat di kawasan Bintulu iaitu Kampung Baru Bintulu, Kampung Jepak, Kampung Wawasan Jaya, Kampung Wawasan Rajawali serta Kampung Yoh.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi satu input kepada peserta khususnya kepada golongan pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat SPM dan STPM.

Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa perlaksanaan program tersebut adalah sesi kuliah, riadah, slot perkongsian ilmu bersama mahasiswa/i dari wakil pelajar yang menuntut di UNIMAS, UNISEL, UTP dan Politeknik Kuching Sarawak. Dua slot khas diadakan sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat kampung tersebut adalah sesi ziarah amal untuk memberikan sumbangan kepada golongan miskin, cacat, ibu tunggal, keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai serta warga tua.

Di samping itu,program ceramah khas kepada masyarakat kampung yang disampaikan oleh seorang guru kaunseling dan motivasi dari SMK Bintulu iaitu Cikgu Nik Mohammadd Nizam bin Nik Yahya. Program tersebut berakhir dengan sesi gotong-royong beramai-ramai membersihkan kawasan sekitar surau Darul Falah, Kampung Wawasan Jaya.

Wakil penganjur mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak yang terlibat dengan secara langsung atau pun tidak dalam penganjur program seperti ini.







































































Dec 23, 2009

Laporan Kembara Muhibbah Ke Ulu Kota,Pakan

بسم الله الرحمن الرحيم

AMAL Sarawak, 4 Muharram 1431H: Alhamdulillah. Pada 15 sehingga 18 Disember 2009, sebahagian dari wakil Yayasan Amal Malaysia denga kerjasama Bintulu Iqra’ Center (BIC) telah menjalankan siri KEMBARA MUHIBBAH KE ULU KOTA, PAKAN. Kembara ini disertai oleh Encik Zahari Bin Deli selaku ketua rombongan bersama dengan 2 orang lagi sukarelawan sebagai tenaga pembantu iaitu saudara Malayadin bin Lahasiru dan saudara Ridwan b Kamit.

3 wakil AMAL ini telah berkumpul di Terminal Bas Bintulu pada jam 4 petang sebelum memulakan perjalanan ke sana. Taklimat program disampaikan oleh Encik Zahari ,selaku Pengarah Program. Taklimat diakhiri dengan bacaan Doa.

Perjalanan yang mengambil masa selama 7 jam untuk sampai. Setibanya di Sarikei, wakil AMAL disambut mesra oleh 2 orang ustaz dari HIKMAH Sarekei yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Zainal dan Ustaz Mustajab. Pada malam 15 Disember 2009, wakil AMAl bermalam sebelum memulakan perjalanan ke Ulu Kota, Pakan pada keesokan harinya di rumah ustaz Zainal.


16 Disember 2009, perjalanan diteruskan menuju ke ulu kota, Pakan. Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dengan keadaan jalan yang cukup menggerunkan pada kali ini disebabkan musim hujan. Akhirnya kami peserta tiba di perkampungan saudara baru di Ulu Kota pada jam 3 petang. Kehadiran para sukarelawan amat dialu-alukan oleh ketua kaum iaitu Encik Azhar. Selesai melakukan solat, Program dimulai dengan sesi beramah mesra dengan penduduk kampung. Semasa ramah mesra banyak maklumat-maklumat terkini yang diperolehi tentang perkembangan yang berlaku di kampung tersebut. Antaranya ialah, Encik Azhar dengan bantuan Jabatan Agama Islam Sarikei telah berjaya mengislamkan 4 orang penduduk yang menetap di kawasan rumah panjang yang berhampiran dengan kampung mereka. Keduanya projek rumah baru bagi penduduk kampung sudah mula menampakkan hasil yang mana penduduk kampung mendapat bantuan pembinaan rumah tersebut daripada pihak YADIM ataupun Yayasan Dakwah Islam Malaysia.

Projek pembinaan surau di kampung tersebut masih lagi tidak terusik dan masih belum ada perkembagan terkini mengenai status pembinaan surau di kampung tersebut. Diharap pihak AMAL cawangan Sarawak mampu bertindak sewajarnya untuk merealisasikan projek pembinaan surau di Perkampungan Saudara Baru Ulu kota, Pakan. Sebelah malamnya pula, wakil AMAL menjalankan aktiviti kerohanian bersama penduduk kampung. Bagi golongan kanak-kanak mereka diulang semula pemahaman secara pratikal,tasmiq bacaan selepas wudhu, niat solat, pergerakan dalam solat dan kelas pengajian Iqra’. Bagi golongan dewasa secara umumnya kita tahu bahawa jika proses untuk menghafal agak sukar kepada mereka, jadi ketua rombongan mengambil pendekatan untuk menjalankan sesi perkongsian maklumat tentang ibadah dan aqidah kepada mereka. Program kerohanian ditamatkan dengan solat isya dan makan malam bersama-sama.





17 Disember 2009, seusai solat subuh sesi tazkirah ringkas dilakukan beserta dengan sarapan pagi dan dengan adanya sedikit tenaga wakil AMAL ingin memanfaatkan waktu pagi untuk beriadah dan akhirnya memilih untuk berjalan ke kawasan dusun salah seorang penduduk di kampung tersebut yang kira-kira mengambil masa 1 jam setengah jika berulang alik. Tepat jam 8.30 pagi kuliah pemahaman dimulakan dengan mengupas tajuk sirah nabi junjungan mulia Muhammad s.a.w dan diadakan juga sesi soal jawab. Kuliah tamat pada jam 9.30 pagi. Masa di Ulu kota perlu dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat, tepat jam 10 pagi hampir semua penduduk kampung bersama dengan peserta kembara menuju ke sungai berdekatan bagi menjalankan aktiviti mencari siput sungai yang biasanya dipanggil “tekoyong”. Peserta kembara kali ini beruntung kerana musim tersebut adalah musim buah-buahan jadi peserta berpeluang untuk menikmati buah-buahan seperti cempedak, dabai, rambutan hutan dan durian. Aktiviti bersama orang kampung berakhir pada jam 1 petang. Aktiviti pada ketika itu adalah sesi perkongsian cerita dan perasaan penduduk kampung ketika mereka mula menjalani kehidupan sebagai muslim. Aktiviti luar di dapat dibuat kerana hujan lebat.

Jam 5 petang peserta dan penduduk kampung bersiap sedia untuk aktiviti pada sebelah malam. Sebelum waktu azan maghrib dikumandangkan ketua rombongan melakukan upacara doa akhir tahun bersama penduduk kampung. Dan setelah solat maghrib doa awal tahun dibaca sebagai tanda kesyukuran bersama untuk menempuh tahun 1431H. Inilah kali pertama tahun baru pada diri peserta kembara disambut dalam hutan belantara. SubahanAllah. Bacaan yassin beramai-ramai terus diadakan walaupun yang kedengaran ayat pertama sahaja bingit bunyi dialunkan ayat seterusnya tinggal sayup-sayup ditelan bunyi oleh enjin generator.

Kemudiannya setelah selesai, Penduduk kampung diterangkan oleh ketua rombongan tentang kelebihan membaca surah yassin dan ayat-ayat yang terkandung dalam al-quran. Malam ini hari terakhir bagi kembara kali ini.setelah makan malam peserta dengan penduduk kampung berkumpul untuk beramah mesra. Pada masa yang sama timbul idea daripada pihak rombongan supaya diadakan sesi dialog khas bersama ketua kaum. Dialog pada kali ini lebih menekankan tentang tahap pembinaan surau di kampung tersebut.

Terdapat cadangan daripada ketua kaum, supaya surau yang dibina menggunakan tenaga daripada penduduk kampung sahaja. Disamping itu juga, ketua kaum berharap sumbangan untuk pembinaan surau yang telah dikumpulkan dapat disegerakan semungkin yang boleh. Disebabkan keperluan untuk membina surau tersebut amatlah diutamakan dapat memberi gambaran ataupun petunjuk kepada penduduk rumah panjang yang tidak beragama islam tentang islam sudah mula bertapak di kawasan ulu Kota, Pakan

18 Disember 2009 rombongan kembara memulakan perjalanan balik ke Bintulu. Peserta kembara tiba di Bintulu pada jam 7.00 petang.

Berikut merupakan merupakan sebahagian gambar yang telah diambil semasa program tersebut.








Adik-adikku..Jom kita mengaji sama-sama

Macam ni lah nak ambil wudhu'..sapu betul2..


Senyuman harapan mutiara Ulu Kota


Kawasan petempatan baru penduduk muslim Ulu Kota

Beramah mesra dengan penduduk Muslim Ulu Kota


Wakil Sukarelawan AMAL mengangkat barang2 keperluan









Aug 3, 2009

Karnival AMAL Merdeka 2009 Edisi Ramadhan

Aug 2, 2009

Ziarah Dakwah Muslimat: Bengkel Solat Muslimah di Kampung Sg Plan


Bintulu, 1 Ogos 2009 - Nisa' Bintulu dan BIC telah menganjurkan Ziarah Dakwah: Bengkel Solat Muslimah untuk penduduk wanita di Kampung Sungai Plan. Seramai 50 orang penduduk Kg Sg Plan menghadiri bengkel ini.

Acara dimulakan dengan energizer lagu Demi Matahari nyanyian kumpulan Snada bagi menyuntik semangat kepada peserta-peserta bengkel. Seterusnya ialah slot Wudhu yang disampaikan oleh Ustazah Fadzliana Wahab dari SMK Teknik, Bintulu. Dalam slot ini, peserta di ajar cara-cara mengambil wudhu' dengan sempurna.

Para peserta khusyuk mendengar penerangan Ustazah Fadzliana

Slot yang kedua pula ialah slot Solat yang disampaikan oleh Ustazah Nik Murshidah pensyarah dari Universiti Darul Iman Malaysia, Terengganu. Beliau menunjukkan cara-cara solat yang betul dan mengajar peserta bacaan-bacaan dalam solat.

Ustazah Nik Murshidah sedang menunjukkan cara sujud dengan betul

Selesai kedua-dua slot, para peserta di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan amali wudhu' dan solat dibantu oleh fasilitator-fasilitator BIC dan Nisa'.

Fasilitator BIC sedang memberi penerangan kepada peserta


Adik-adik juga belajar bersama

Acara di akhiri dengan pemberian sumbangan kepada keluarga muallaf miskin di Sg Plan.

Pengerusi MACMA turut sama menyampaikan sumbangan

Ucapan terima kasih diucapkan kepada Muslimat BIC dan Nisa' Bintulu, kerana sama-sama menjayakan bengkel ini. Tidak dilupakan juga, pihak MACMA yang turut sama memeriahkan bengkel ini.


 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons