Aug 9, 2009

Ziarah Dakwah anjuran AMAL Bintulu ke Ulu Segan

Sukarelawan AMAL bergambar kenangan dengan
penghuni rumah Panjang Banyai, Ulu Segan

9 Ogos, Bintulu - AMAL Unit Bintulu memulakan Ziarah Dakwah ke Ulu Segan pada pagi tadi. Aktiviti bermula pada pukul 8.30 pagi dengan disertai hampir 30 orang sukarelawan AMAL Bintulu. Seramai 10 keluarga miskin dan mualaf telah dikenal pasti untuk kami ziarahi pada pagi ini dengan memberi sedikit sumbangan kepada mereka.

Aktiviti bermula dengan ucapan dan taklimat ringkas oleh pengarah program iaitu Ustaz Abdul Halim yang juga merupakan Timbalan pengerusi AMAL Cawangan Sarawak. Ustaz Muzakkir mengetuai bacaan doa sebelum perjalanan dimulakan.

Ziarah dakwah kami kali ini turut disertai juga oleh Ustaz Ismawi dan Ustaz Tha bo. Kebanyakan komunikasi sepanjang aktiviti kali ini memerlukan kemahiran berbahasa Iban. Mujur kami dibantu oleh Ustaz Ismawi Ishak.

Program berakhir setelah menyampaikan kesemua sumbangan kepada para peserta yang terpilih. Pihak AMAL dan BIC mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sukarelawan yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit ( sanggup menggunakan kenderaan sendiri ) untuk bersama-sama AMAL turun memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat rumah panjang Banyai, Ulu Segan. Kepada semua penyumbang, pihak kami mengucapkan jazakumullah khukairan khathira, semoga segala sumbangan kita akan diterima oleh Allah. Insyaallah.

Kepada pihak lain yang ingin menyumbang boleh berurusan dengan pihak BIC. Pihak kami mengalu-alukan kepada yang berminat untuk turut serta di dalam Ziarah Dakwah yang dianjurkan oleh pihak kami. Program ziarah dakwah seterusnya ialah di Kampung Segan pada 23 Ogos 2009.

Ustaz Abd Halim sedang memberi taklimat kepada peserta Ziarah Amal

Sebahagian peserta Ziarah Dakwah

Konvoi Ziarah Dakwah

Jalan masuk ke Ulu Segan, 20 Km dari bandar Bintulu

Sukarelawan AMAL sedang membawa barang
sumbangan untuk mereka yang memerlukan


Ustaz Abd Halim sedang menyampaikan sumbangan kepada Tuai Rumah
panjang, En Datuk. Namanya kini ialah Mohd Saufi Bin Abdullah


p/s : Gambar-gambar lain akan dipaparkan setelah di'edit' dan ditapis oleh pengurusan BIC, tunggu..

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons