Aug 31, 2009

Ziarah Dakwah Kg Penan Muslim Bt 13 2009

Bintulu, 31 Ogos - Sekali lagi, AMAL Sarawak dan Bintulu Iqra' Center (BIC) menganjurkan siri ziarah dakwah. Kali ini, kami ke Kampung Penan Muslim Batu 13 pula. Turut serta dalam ziarah dakwah ini ialah Jawatankuasa Kebajikan Islam Bintulu Port Sdn Bhd (JKIBPSB).

Seperti biasa, kami berkumpul di Masjid Assyakirin untuk mendengar taklimat ringkas. Rombongan kali ini di ketuai oleh Ustaz Ibrahim. Sebelum bertolak, Ustaz Sardi mengetuai bacaan doa bagi memohon kepada Allah supaya perjalan kami dipermudahkan.

Kami bertolak jam 8.40 pagi dan perjalanan mengambil masa selama 2o minit. Program dimulai dengan taklimat ringkas oleh ketua rombongan iaitu Ustaz Ibrahim. Seterusnya, wakil penduduk kampung dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata dan disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengerusi AMAL Sarawak iaitu Ustaz Halim. Kemudian, kami disajikan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh CikguAbdul Rani.

Sejurus selepas mendengar pengisian rohani, program diteruskan lagi dengan penyerahan sumbangan kepada 40 keluarga terpilih. JKIBPSB turut mengambil peluang menyampaikan sumbangan berupa wang ringgit kepada ketua kampung bagi tujuan pembangunan kampung. Sumbangan dari JKIBPSB disampaikan oleh Tuan Haji Tuah.

Sebelum bertolak pulang, kami dibawa melihat persekitaran kampung. Kami sempat singgah di rumah-rumah penduduk kampung dan melihat sendiri cara hidup mereka. Ini merupakan pengalaman terbaik bagi mereka yang tidak pernah melihat kehidupan kampung.

Bagi pihak yang ingin menyumbang, boleh terus berurusan dengan BIC. Sumbangan anda akan kami sampaikan kepada mereka yang memerlukan dalam program-program yang dirancang pada masa akan datang.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons