Nov 5, 2009

Majlis doa selamat untuk Abang Mat & Kak Jan

B.I.C telah berjaya mengadakan majlis doa selamat untuk pasangan bahagia Abang Mat dan Kak Jan yang akan menunaikan ibadah haji di tanah suci pada 8 November nanti. Program bermula selepas Isyak dengan dihadiri lebih 50 orang jemputan.

Majlis dianjurkan sebagai tanda penghargaan di atas usaha yang komited yang telah ditunjukkan oleh mereka berdua. Pihak penganjur mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas komitmen ahli B.I.C yang telah menunjukkan kerjasama di dalam penganjuran majlis ini. Meskipun maklumat 'last minute' tetapi berjaya juga diadakan dengan baik. Tahniah kepada semua.

Untuk Abang Mat & Kak Jan semoga diberi keselamatan, kesihatan dan dipermudahkan urusan sepanjang menjalani ibadah haji dan semoga mendapat haji mabrur, Insya Allah. Jangan lupa doakan kami supaya beroleh Istiqamah di dalam menjalankan dakwah di sini.

Seperti biasa, lensa kamera saya akan dikongsi kepada semua pelayar, saksikan :

kira orang yang hadir, ramai tu...

Izzudin memulakan majlis

Kehadiran kaum ibu amat memberangsangkan

Ustaz Salehuddin berucap mewakili sahabat2 B.I.C

Ucapan dari Abang Mat ( Ahmad Ishak Hassan )

ada tayangan slide

lepas ni gantung kat Masjidil Haram

sumbangan dari B.I.C

saat-saat yang dinanti-nantikan, menjamu selera masing2.

Ustaz Huzaifah makan dengan berselera sekali

Pian & Haji Bakar sedang menikmati juadah, alhamdulillah

anak-anak B.I.C ada acara sendiri di luar

masa inilah diorang bertemu dan bermain.

Moga ikatan ukhuwah akan berkekalan selama-lamanya, Insya Allah.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons