Apr 22, 2010

Qiyadah Training Course ( QTC 2010 )

QTC 2010 tahniah kepada semua urusetia

Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik telah berjaya menganjurkan Qiyadah Training Course ( QTC 2010 ) pada 16 – 18 April 2010 bertempat di Mardiah Resort, Jalan Bintulu – Sibu. Program yang disertai seramai 80 orang yang terdiri daripada 40 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan yang melibatkan 8 buah sekolah menengah di sekitar Bintulu.

Selama 2 hari 3 malam para peserta berkampung di sana dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun untuk memastikan tujuan dan program tercapai dari sudut matlamat dan objektif. Seramai 10 orang fasilitator yang dijemput khas dari Bintulu Iqra’ Center telah mengendalikan program dengan baik dan berkesan. Pihak penganjur mengucapkan jazakumullah khu khairan khathira kepada barisan fasilitator BIC yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran program QTC 2010 mencapai objektif kepada sasaran.

Majlis penutupan QTC 2010 telah disempurnakan oleh barisan penasihat JAKSA yang diketuai oleh En Abdul Muin Bin Abdul Kassim dan turut serta bersama beliau ialah Tuan Haji Kadir Jaya dan Ustaz Khalifah Bin Juli. Pada masa yang sama Program Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang ( RIBAT ) telah dilancarkan secara rasmi oleh Penolong Pegawai Pelajaran Bintulu, En Abd Muin Bin Abdul Kassim yang juga merangkap penasihat JAKSA. Dengan pelancaran RIBAT ini, maka program-program susulan akan diadakan di semua sekolah menengah mengikut budi bicara wakil JAKSA di setiap sekolah yang juga bertindak sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam.

Rata-rata para peserta amat berpuas hati terhadap aktiviti dan program yang dijalankan dan mereka berjanji akan meningkatkan bakat kepimpinan yang ada pada mereka dan yang paling penting mereka mesti menjadi anak yang soleh yang mentaati ibubapa dan menghormati guru kerana dua syarat berikut merupakan syarat utama untuk menempa kejayaan di dalam hidup.

Pengarah program QTC 2010, En Nik Mohd Lizam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua fasilitator , urusetia dan guru-guru pengiring yang banyak membantu di dalam kelancaran program ini. Kepada para peserta didoakan agar mereka tetap istiqamah di dalam membentuk diri agar mereka menjadi pimpinan yang berjaya dan perlu mengaplikasikan apa yang mereka dapat sepanjang program di dalam amalan kehidupan sehari-harian. Insya Allah jika ada kesempatan pada tahun hadapan, kita akan bertemu lagi di dalam QTC 2011.

“ REMAJA ISLAM BINTULU ANAK TERBILANG "

Lihat juga gambar-gambar terpilih :

Mesyuarat sebelum pelaksanaan QTC 2010 di bilik mesyuarat PPD

Para peserta khusuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh fasilitator

Slot LDK yang dikendalikan oleh fasilitator

Para peserta lelaki QTC 2010 bersama tetamu jemputan

Para peserta perempuan QTC 2010

1 Komen:

Faizul said...

Assalamualaikum...Saya ingin menanyakan ada tak gambar yang lain?

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons