Jul 14, 2013

ZIARAH DAKWAH&TITIAN BUDI LABANG

14 Julai, BINTULU - Konvoi 9 buah kenderaan dengan dua daripadanya adalah kenderaan pacuan empat roda, program Ziarah Dakwah & Titian Budi siri kedua bersempena Ramadhan pada tahun ini telah selamat dilaksanakan dengan jayanya.

Seramai 35 orang penduduk telah menerima sumbangan yang merupakan barangan keperluan asas yang dianggap sangat penting bagi mereka melalui bulan Ramadhan yang mulia ini. Disamping itu, sumbangan turut diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang di sekolah tersebut.

Bermula dengan taklimat perjalanan, taklimat program dan dilancarkan dengan bacaan doa, program yang dianjurkan Bintulu Iqra Center (BIC), dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah, Akademik (JAKSA) dan Jawatankuasa Kebajikan Islam MLNG (JKIM) dan Koperasi AMAL (KoAMAL) pada kali ini telah menarik penyertaan yang terdiri dari sukarelawan BIC, wakil JKIM, JAKSA, KoAMAL, mahasiswa Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu, pelajar dan pengajar Institut Tahfiz Bintulu serta pensyarah dan pelajar Institut Kemahiran Mara.

Para sukarelawan terpaksa melalui perjalanan selama hampir 2 jam, antaranya melalui jalan ladang sawit dan juga menaiki bot untuk sampai ke Kampung Labang. Semestinya jalinan penting antara para penyumbang dan para sukarelawan mengagihkan bantuan sangat penting dalam menjayakan program seumpama ini.

Semoga Allah melipat gandakan segala curahan keringat, wang ringgi dan masa yang telah disumbangkan.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons