Jul 21, 2013

ZIARAH DAKWAH & TITIAN BUDI PERKAMPUNGAN BATU 12 1/2

21 Julai 2013, BINTULU - Siri Ziarah Dakwah & Titian Budi kali ketiga menyampaikan para sukarelawan ke perkampungan Penan muslim Batu 12 1/2.

Beserta 43 set barang sumbangan, program hasil kerjasama BIC, JAKSA dan JKIM pada siri ketiga ini begitu istimewa apabila ia turut disertai tokoh yang tidak asing bagi peminat kuliah ilmu di Bintulu iaitu Ustaz Salehuddin mewakili Bank Islam Malaysia Berhad. Kehadiran beliau ke bumi Bintulu sebagai panelis Forum Nuzul Quran dimanfaatkan untuk turut serta ke  program Ziarah Dakwah dan Titian Budi.

Penyerahan sumbangan telah dilakukan di rumah En Abdul Rahman. Disebabkan penempatan Penan Muslim Batu 12 1/2 masih tidak memiliki surau, maka rumah beliaulah menjadi tempat berkumpul penduduk setempat.

"Jutaan ucapan terima kasih kepada semua yang telibat samaada kepada yang turut serta menyertai program, mahupun kepada para penyumbang. Takde yang menyumbnag, tentu takde la program seperti ini" ulas saudara Lizam selaku pengarah program.

"Saya juga  ingin merakamkan ucapan terima kasih tak terhingga kepada para guru SK Sungai Tisang yang ramai terlibat pada program hari ini yang diketuai oleh Ustaz Rahmat", tambah beliau.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons