Aug 9, 2007

Pengenalan

Assalamualaikum

Selamat Datang diucapkan kepada pengunjung laman blog BIC. Tahniah kerana anda merupakan antara pengunjung awal laman blog ini. Tahniah juga kerana anda prihatin dan menunjukkan minat untuk memperbaiki diri serta keluarga.



Secara amnya, BIC adalah satu projek Yayasan Amal Malaysia (YAM) cawangan Sarawak. Untuk maklumat lanjut mengenai Yayasan Amal Malaysia, sila lawati http://www.amalmalaysia.net/. BIC ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Pengurusan yang dianggotai oleh ahli-ahli YAM yang menetap di Bintulu. Jawatankuasa Pengurusan BIC diketuai oleh seorang Pengurus. Pengurus BIC bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti BIC berjalan dengan baik.

Visi BIC
  • Menjadi sebuah institusi pendidikan ‘complementary’ masyarakat berteraskan Islam yang disegani di Bintulu menjelang 2015


Misi BIC

  • Menjalankan usaha-usaha peningkatan pendidikan akademik dan agama di kalangan generasi muda secara sistematik.

  • Menyediakan peluang peningkatan kefahaman Islam di kalangan masyarakat umum setempat.


Fokus BIC

  • Pendidikan Generasi Muda -
    # BIC akan menumpukan kepada aspek pembinaan kecemerlangan akademik, kendiri dan sahsiah golongan muda
    # Ini termasuklah kelas Al-Quran, bimbingan akademik, ‘homework club’ dan kem-kem motivasi berkala

  • Pendidikan Dewasa -
    # BIC juga akan menganjurkan kelas-kelas agama khusus untuk golongan dewasa
    # Pusat ini juga merancang untuk menjalankan kursus-kursus jangkamasa pendek yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan beragama
    # BIC berazam untuk menjadi institusi yang bakal mengumpul kelompok ibubapa yang prihatin untuk sama-sama bekerja membantu menyelesaikan masalah sosial belia di Bintulu

1 Komen:

Anonymous said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tahniah di atas usaha murni ini. Selamat maju jaya dunia dan Akhirat. Teruskan perjuangan!

Akhukum Fillah;
Muhtar Hj. Suhaili
Miri, Sarawak

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons