Aug 17, 2009

AMAL Bintulu dan BIC sumbang barangan kepada pelajar Institut Tahfiz Bintulu



16 Ogos, Bintulu - AMAL Bintulu dengan kerjasama Bintulu Iqra' Center membuat kunjungan ke Institut Tahfiz Bintulu atas jemputan Pengerusi ITB, Tuan Haji Yaacob Juned. Pada kesempatan ini, BIC telah menyumbang barangan kepada para pelajar sebagai persediaan dan peringatan tentang kehadiran Ramadhan yang bakal tiba hanya beberapa hari sahaja lagi.

Program ini turut disertai oleh Biro Wanita Masjid Darul Hidayah yang menyumbangkan juga cenderamata untuk pelajar ITB. Kehadiran dianggarkan 50 orang hampir memenuhi dewan ITB. Program bermula pada pukul 9 malam dimulai dengan ucapan Ustaz Salehudin selaku penasihat ITB merangkap penasihat BIC dan seterusnya ucapan daripada pengerusi Darul Hidayah Tuan Haji Ir. Mohd Nasser Abd Wahab dan diakhiri dengan ucapan Ustaz Syahrizan yang akan meninggalkan ITB untuk menyambung pengajian beliau ke peringkat yang tertinggi.

Program berakhir pada pukul 10.30 malam selepas penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar dan cenderamata dari pihak AMAL dan BIC kepada Masjid Darul Hidayah dan ITB. Para jemputan menikmati jamuan ringan sebagai penutup program pada malam ini.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons